SHEIKH AL-HABIB
Penasihat hal-hal agama, Ilmuan, Pensyarah, Penulis


PENYAMPAIAN RAFIDA ISLAM

KISAH HIDUP

Ikuti perjalanan yang telah dilalui oleh Sheikh al-Habib dalam usaha dan perjuangannya dalam membangkitkan kembali Rafida Islam. Setiap Langkah yang diambil olehnya adalah untuk memberikan Langkah kehadapan dalam mencapai matlamat ini, sekalipun berdepan dengan pelbagai kesulitan.

KEPERCAYAAN & AJARAN

Sheikh al-Habib telah mencuba untuk mengembalikan aqidah Rafida dan manhajnya, sepertimana yang diajarkan oleh Nabi dan keluarganya (Selawat ke atas mereka semua). Sheikh al-Habib telah memfokuskan banyak isu-isu prinsipal. Seperti kepentingan untuk belajar dan berpegang kepada ajaran-ajaran Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka) yang autentik, mendidik awam berkenaan ajaran-ajaran ini, menentang penyimpangan di dalam prinsip aqidah, menggalakkan masyarakat Syiah agar aktif dalam pekerjaan dan khidmat mereka kepada kepercayaan ini dan melaksanakan kerja-kerja amal yang berani dengan sepenuh aspirasi. Sementara meletakkan Nabi dan Itrahnya yang suci (Selawat ke atas mereka) di atas segalanya, dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan sosial atau selainnya yang cuba untuk merendahkan dan menghalang kamu daripada mencapai kejayaan.

Yang menjadi fokus spesifik yang berbahagia Sheikh al-Habib adalah berkenaan keperluan untuk berani menyuarakan tentang penindasan yang berlaku kepada Nabi dan keluarganya (Selawat ke atas mereka semua) pada hari dan zaman ini. Sementara secara spesifik menyebutkan nama-nama individu yang telah melakukan penindasan tersebut. Sheikh menyeru semua mukminin supaya tidak merasa malu daripada bersikap telus dan vokal walaupun ini mungkin menyinggung sebahagian yang tidak bersetuju dengan naratif Syiah. Sekiranya kita memerhatikan sebaiknya, Sheikh tidaklah menyeru untuk menyinggung orang lain dengan niat untuk menyinggung perasaan mereka sebaliknya mengajar mereka bahawa ia adalah satu kesan yang alami kepada orang lain apabila pandangan-pandangan yang ada tidak sehaluan. Kamu boleh juga melihat perkara yang sama ketika era Nabi Muhammad (SAWA) apabila Baginda secara berulang-ulang menzahirkan secara publik: “Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah”; satu pernyataan ringkas dan tegas yang menggoncangkan semenanjung Arab. Dan juga pernyataan ringkas dan tegas yang menyebabkan penyinggungan yang signifikan kepada orang-oran pagan di rantau itu, sehinggakan mereka menyerang, mendera dan membunuh orang-orang Islam. Namun, Nabi tetap berdiri teguh kerana apa yang benar tetaplah benar dan menyebarkan kebenaran adalah suatu tugas bagi kita semua.

Pada dasarnya, Sheikh al-Habib menolak pembunuh-pembunuh Nabi Muhammad, Sayyida Fatima dan anggota Ahl-ul-Bayt yang lain (Selawat ke atas mereka semua) daripada terus diagungkan, dihormati dan dicintai diseluruk pelusuk dunia. Dalam sudut pandang yang utama, penghormatan ini dan penghormatan ini sendiri adalah satu bentuk kebiadaban dan begitu melukakan bagi personality-personaliti suci ini dan Tuhan yang Maha Besar sendiri. Dari sudut pandang yang lain pula, mengikuti individu-individu ini walaupun sekiranya sebahagian besar mereka tidak sedar tentang kebenaran, akan membawa kepada ideologi seperti ISIS yang dahagakan darah untuk terus wujud, mengembalikannya semula di setiap era dengan jenama yang dan panji yang baru. Sheikh mengatakan bahawa setiap orang bukanlah dipaksa untuk menukar pandangan mereka dalam situasi apa sekalipun tetapi bagi para mukminin yang sedar aka kebenaran ini agar mengambil sikap yang cekal dan berani dalam menyuarakan fakta-fakta ini dan mendidik masyarakat awam dengan sejelasnya dan sepenuh kejujuran.

Metodologi Rafida yang dihidupkan oleh Yang Berbahagia Sheikh dalam era moden ini, sepertimana yang beliau telah huraikan dengan rterperinci dalam banyak program-program dan sayarahan-syarahannya daripada kajian yang dijalankannya bukan satu perkara yang diada-adakan

Sebaliknya, ia diambil daripada ajaran-ajaran Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka), paran nabi terdahulu dan daripada sahabat-sahabat yang benar. Istilah Rafida secara Bahasa adalah terjemahan kepada para penolak kebatilan, dan dalam konteks ini secara jelasnya terpakai bagi penolakan kepada kepala-kepala penyangak yang menentang Islam seperti Abu Bakar, Umar dan A’isha. Ia adalah gelaran yang mana pengikut-pengikut Nabi dan keluarganya (Selawat ke atas mereka semua) berbangga menyandangnya disebabkan ia dinamakan sendiri oleh Allah:

Telah diriwayatkan di dalam al-Mahasin oleh Ahmad ibn Muhammad Barqi yang meninggal dunia pada tahun 888 dengan autoriti Zaid al-Shaham, dengan autoriti Abu al-Jaroud yang berkata:

Telah datang seorang lelaki kepada Ja’far al-Sadiq mengatakan seseorang telah memberikan amaran kepadanya daripada menjadi seorang Rafida, Imam Ja’far menjawab: “Demi Allah, inilah nama yang Allah telah mengurniakan kamu keunggulan, selama mana kamu menuruti ajaran kami dan tidak membohongi apa yang kami katakana.” Muhammad al-Baqir juga mengatakan contoh yang sama apabila beliau menunjukkan arah kepada dirinya sambil berkata ”Aku salah seorang daripada Rafida

Kami juga menjumpai didalam Bihar Al-Anwar oleh Allamah Al-Majlisi, Jilid 65, ms. 97, No.3 daripada Abu Basir yang berkata:

Aku berkata kepada mawlaku, Abu Jafar Al-Baqir iaitu Muhammad Al-Baqir (Selawat ke atasnya): “Wahai Mawlaku mereka telah memanggil kami dengan gelaran- satu nama yang mana mereka yang berkuasa telah menjadikan halal untuk menumpahkan darah kami, merampas harta kami dan juga menzalimi kami.” Kemudian Imam membalas, “Dan apakah nama itu?” Aku (periwayat) berkata, “Mereka menggelarkan kami Rafida,” Maka Imam (Selawat ke atasnya) menjawab: “Tujuh puluh orang lelaki di kalangan tentera Firaun telah menolaknya dan pergi kepada Musa (A.S). Dan di kalangan umat Musa, tidak ada yang lebih kumpulan yang lebih berilmu, bertaqwa dan soleh, yang memiliki kecintaan kepada Nabi Harun (a.s) berbanding tujuh puluh lelaki ini. Disebabkan inilah umat Musa menggelarkan mereka Rafida dan Allah mewahyukan kepada Musa mengatakan: “Telah tertulis nama ini di dalam Taurat kerana Aku (Allah) sendiri telah menamakannya kepada umatmu.” Imam kemudiannya melanjutkan dan berkata, “Dan nama ini wahai Abu Basir, juga telah diberikan kepada kamu (iaitu Syiah).

ASPIRASI

Kita seharusnya bekerja untuk membebaskan Mekah, Madinah dan Palestin daripada zaman Jahiliyyah kedua pada ketika ini, sebagaimana Rasulullah (SAW) membebaskan mereka daripada zaman Jahiliyyah yang pertama.

Disamping membebaskan Makkah, Madinah dan Palestin daripada zaman Jahiliyyah pada ketika ini, Yang berbahagia Sheikh juga menekankan keperluan yang tidak boleh dipandang enteng iaitu membebaskan dan membina semula perkuburan al-Baqi’. Kemusnahannya oleh Rejim Saudi tidak sedikit pun kurang seperti perlakuan melampau menentang Tuhan, kemanusiaan, sejarah manusia dan juga budaya. Meletakkan bangunan pada lokasi-lokasi perkuburan bagi Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka) seperti Imam al-Hassan, Imam al-Sajjad, Imam al-Baqir dan Imam al-Sadiq (Selawat ke atas mereka semua) dan juga orang-orang para ahli kebenaran, ia jauh lebih daripada sekadar tempat suci bagi kaum Syiah.

Bagi mencapai matlamat yang mulia ini, yang berbahagia Sheikh al-Habib mengetengahkan tiga elemen yang patut dijadikan sebagai fokus. Pendidikan, hubungan antarabangsa dan penglibatan media. Oleh itu, beliau menyeru penyediaan platform berbentuk penyampaian keagamaan yang menggunakan pelbagai bahasa, usaha yang digerakkan secara koloboratif bagi menyampaikan perkara-perkara kritikal kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan juga seminari pendidikan dengan visi menubuhkan dan mengembangkan institusi pendidikan dengan silibus-silibus agama dan sekular.

PEMBEBASAN MEKAH

PEMBEBASAN MADINAH

PEMBEBASAN PALESTIN

PEMBINAAN SEMULA AL-BAQI

PENCAPAIAN

Yang berbahagia Sheikh al-Habib telah berusaha sebaiknya untuk memenuhi keperluan ilmuan Syiah Rafida, para pendidik dan juga pemimpin. Dalam usahanya yang dilalui selama berdekad tersebut, dia telah berhasil mencapai pelbagai matlamat, dan membuka ruang serta memurnikan semula aqidah Rafida dan manhaj seperti mana yang diajarkan oleh Nabi dan keluarganya (Selawat ke atas mereka).

Dari sudut mendidik masyarakat umum, Sheikh al-Habib telah menulis 15 buah buku tentang pelbagai subjek yang kritikal, menyampaikan 50 siri syarahan yang panjang, ada diantaranya hampir 100 jam lamanya dengan pelbagai pletora berbentuk syarahan, kelas-kelas seminar dan ucapan-ucapan di minbar. Yang berbahagia Sheikh al-Habib menjadi tulang belakang dalam menggalakkan dan memberikan ajaran-ajaran agama kepada beberapa institusi dan organisasi yang penting yang menjadi tunjang dalam mencapai matlamat-matlamat aqidah Rafida pada era ini. Ini termasuklah Kesatuan Pembantu-Pembantu Al-Mahdi,(Selawat ke atas mereka) Masjid al-Muhassin(Selawat ke atasnya), Seminari dua Imam al-Askari (Selawat ke atas mereka), Penyiaran Media Fadak, Pertubuhan Asasi Rafida dan Syarikat Enlighten Kigdom.

Tahun-tahun kebelakangan ini, Sheikh al-Habib telah menggalakkan para mukminin untuk bergandingan tangan dalam sebuah projek dengan citra yang tinggi. Penubuhan sebuah syarikat produksi, ‘Enlightened Kigdom’, dan julung kalinya menghasilkan filem sinematik bertaraf antarabangsa tentang kehidupan wanita mulia iaitu Sayyidah Fatima (Selawat ke atasnya) yang berjudul ‘The Lady of Heaven’. Penghasilan filem ini telah adalah kejayaan yang besar dan kemunculannya akan memberikan satu persada baru dalam sejarah, memberikan pencerahan kepada dunia dengan kehidupan wanita tersohor ini (Selawat ke atasnya)

0

Syarahan

0

Artikel

0

Soalan & Jawapan

0

Buku

The Minor Land of Fadak

Pada tahun 2012, The Minor Land of Fadak telah dibuka sehubungan dengan sambutan ulang tahun kelahiran Sayyida Fatima Zahra, Selawat ke atasnya. Ia kini adalah ibu pejabat rasmi Kesatuan Pembantu-Pembantu Mahdi (Selawat ke atasnya). Semasa majlis perasmian pembukaannya, Kepala spiritual kesatuan tersebut iaitu Sheikh al-Habib telah menyatakan bahawa matlamat yang ingin dicapai dalam penubuhan The Minor Land of Fadak adalah untuk menapak jalan kepada pembebasan Makkah al-Mukarramah, Madinah al-Munawwarah, Tanah Fadak al-Kubra dan juga semua negara-negara Islam. Dengan melakukan demikian, membebaskan tempat-tempat ini daripada zaman jahiliyah kedua pada masa kini seperti mana Rasulullah (SAWA) telah membebaskan mereka daripada zaman jahiliyyah yang pertama. The Minor Land of Fadak terletak di pinggiran barat kota London, England. Ia adalah rumah kepada pejabat rasmi Kesatuan Pembantu-Pembantu Mahdi (Selawat ke atasnya) dan beberapa Institusi kesatuan yang lain seperti Masjid al-Muhassin (Selawat ke atasnya), Pejabat Sheikh al-Habib, Seminari dua Imam al-Askari (Selawat ke atas mereka), Penyiaran Media Fadak, Pertubuhan Rafida dan produksi Enlightened Kingdom.

ORGANISASI

KESATUAN PEMBANTU-PEMBANTU MAHDI

Sebuah kesatuan yang terbuka untuk penyertaan organisasi-organisasi yang bertujuan untuk menyatukan seluruh usaha dalam matlamat untuk berkhidmat kepada Imam Mahdi (Selawat ke atasnya) yang dinantikan.

MASJID AL-MUHASSIN

Bertapak di The Minor Land of Fadak, masjid ini terbuka untuk sebarang bentuk upacara-upacara keagamaan dan komuniti seperti upacara perayaan, upacara peringatan, pengajian dan perkumpulan umum.

SEMINARI DUA IMAM AL-ASKARI

Dimana Sheikh al-Habib dan ramai penceramah yang lain menyampaikan kelas-kelas teologi, sejarah dan perundangan. Kehadiran adalah sangat dialu-alukan kepada setiap masyarakat awam.

Fadak TV

Rumah kepada Fadak TV yang terkenal, iaitu platform yang pertama yang membuka ruang suara Rafida sampai ke segenap pelusuk dunia dan juga saluran Sawt al-Itra.

PERTUBUHAN RAFIDA

Memberikan kandungan pembelajaran yang inovatif dalam Bahasa Inggeris melalui video, penerbitan, artikel dan sebagainya. Ia juga telah berkembang kepada lebih tujuh bahasa dan dan akan terus berkembang!

Enlighted Kingdom

Dikenali kerana filem yang sering dinanti-nantikan, The Lady Of Heaven. Dengan tercetusnya pengalaman sinematik yang menggemparkan ini, EK bercadang untuk mencetuskan lebih banyak produksi yang lebih menggemparkan.

PENGARUH

Sheikh al-Habib telah menerajui jalan dalam membolehkan satu platform untuk aqidah Nabi dan keluarganya (Selawat ke atas mereka semua), iaitu Syiah Rafida Islam. Beberapa dekad dahulu, aspek kritikal tentang Syiah Islam tidak mampu untuk menembusi hiruk-pikuk abad ke 21 dengan sepenuhnya. Salah satu daripada perkara pokok iaitu penindasan dan meletak ke tepi keluarga Nabi (Selawat ke atas mereka)hanya berada di dalam kitab-kitab atau pun hanya dibincangkan di sebalik pintu. Perkara seperti pembunuhan kejam Sayyida Fatima (Selawat ke atasnya), atau pun tentang Nabi (SAWA)

Perkara pokok yang diselindungkan ini adalah akibat daripada ketidakmampuan dalam menyampaikan ‘amanah Syiah’ ini. Tanpa semua komponen dan elemen dihidangkan di atas meja, sesuatu naratif tidak akan mampu untuk berdiri. Tanpa syak, salah panduan yang dihadapi umat Islam berselirat bahkan berpunca daripada perkara pokok yang dihidangkan itu juga namun sangat tidak bernasib baik ia diselindungkan. Jadi bagaimana kaum Syiah mengharapkan orang-orang Islam terbebas daripada jahiliyah pada zaman ini tanpa menegakkan salah arah yang mana ramai orang berbahagia dengannya tanpa sedar? Yang berbahagia Sheikh al-Habib, melalui usaha-usahanya, kajian mahupun secara bersahaja menyampaikan mesejnya secara aktif telah membawa banyak jiwa merentasi dunia kepada agama Rasulullah dan keluarganya (Selawat ke atas mereka) yang asli dan tidak dikotori.

Jiwa-jiwa dari segenap pelusuk negara, dari Timur Tengah ke Amerika, ke Afrika, ke China, ke Australia, ke Indonesia dan merentasinya telah sampai kepada Kesatuan Pembantu-pembantu Mahdi dan institusi-institusinya dengan bangganya menyatakan penerimaan mereka kepada Syiah Rafida Islam. Ramai yang sangat teruja dan bersemangat serta mendapat kelegaan panjang apabila akhirnya menemui destinasi akhir mereka, telah pun membuat panggilan ketika sesi kajian Sheikh di televisyen untuk mengisytiharkannya kepada dunia. Ia sangat sukar untuk dibilang berapa banyak jiwa yang telah dituntun ke jalan yang bercahaya ini melalui kerja-kerja Sheikh al-Habib. Tiada keraguan ianya bahkan lebih banyak daripada apa yang mampu kita fahami. Dengan hanya sekadar menghitung angka tidak memadai sekiranya sekalipun ia dapat dilakukan. Pada masa beberapa dekad yang lalu, dunia telah berubah yang membolehkan naratif Syiah Rafida yang lengkap untuk menembusi merentasi hiruk-pikuk abad ke 21. Perubahan ini telah mencambahkan pelbagai kumpulan Syiah di pelbagai pelusuk wilayah untuk menyuarakan aqidah ini dengan sepenuhnya – di pinggiran-pinggiran jalan, melalui video, di forum-forum awam dan sebagainya. Perubahan budaya ini tidak syak lagi telah membuka pintu-pintu yang lebih luas, langsung dan tidak langsung yang dipandu oleh tidak lain daripada Allah yang Maha Agung.

SAUDARA BARU

Kawan-kawan dan keluarga telah mendengar banyak syarahan Syeikh al-Habib dan ia sangat memberangsangkan melihat mereka berjaya dan memeluk Islam Syiah. Siri syarahan Sheikh ‘Bagaimana Islam dirampas’ membolehkan mereka memahami dan menerima jalan Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka).

Mohammed dan keluarga - ‘Sunnism’

Syarahan-syarahan Sheikh al-Habib telah menjawab segala keraguan saya dan membolehkan saya menemui kebenaran. Subhan’Allah, Sheikh telah memberikan galakan agar saya mengkaji kitab-kitab ‘Sunni’ dengan lebih giat dan akhirnya telah membawa saya memeluk agama ini. Saya tidak gentar kepada sesiapa, dan berdakwah kepada orang-orang Sudan menjadi matlamat utama saya.

Riham dan keluarga - ‘Sunni’

Saya telah diperkenalkan kepada syarahan-syarahan Sheikh al-Habib baru-baru ini, dan saya bersyukur kepada Allah atas peluang ini. Syarahan-syarahannya telah membawa saya kepada jalan yang benar iaitu jalan Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka). Dedikasinya, kekukuhan imannya dan kejujurannya sangat jarang untuk ditemui hari dan zaman ini.

Yasser - Alawi

Adakah anda mempunyai soalan?

Hantarkan kepada kami soalan-soalan, maklumbalas, atau cadangan

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib