Mitos Gabungan Kekhalifahan Yang Menyedihkan

Mitos Gabungan Kekhalifahan Yang Menyedihkan

Mitos Gabungan Kekhalifahan Yang Menyedihkan 834 469 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Para imam termasuk Nabi yang mulia (Selawat ke atasnya dan keluarganya) kesemua mereka mati syahid oleh mereka yang mengaku sebagai muslim; menurut pakar-pakar terkemuka Sejarah Islam. Kami dapati bahawa fakta ini, walaupun merupakan sesuatu yang nyata bagi kebanyakan orang (mungkin kecuali dalam kes kesyahidan Nabi), masih juga menjadi fakta yang sering diabaikan memandangkan fokus kami pada naratif palsu jalinan pemuka-pemuka Islam yang terdiri dari kedua-dua Syiah dan juga yang dikatakan sebagai ‘Sunni’. Kita semua percaya pada kemampuan untuk bekerjasama melalui kepentingan bersama dan terus berdampingan sehubungan dengan hal tersebut, tetapi kita harus ingat (kecuali seseorang itu percaya teori konspirasi), bukanlah orang-orang Rom yang membunuh para Imam (Selawat ke mereka). Sebaliknya, individu-individu syaitani utama yang melakukannya dengan bertopengkan ‘pengganti-pengganti Rasulullah yang sah’, pemimpin-pemimpin politik bagi majoriti mereka yang mengidentifikasi diri mereka sebagai Muslim.

Ketika para imam (Selawat ke atas mereka) berdoa untuk mereka yang menghidupkan kembali urusan-urusan mereka dan menjadikan perkara tentang mereka terus hidup dikalangan orang-orang Syiah, mereka pasti tidak memuji sesiapa saja selain orang-orang yang mengingati penderitaan yang ditanggung oleh mereka di tangan orang-orang ini yang disebut ‘pemimpin Muslim.’

Idea peradaban Islam yang lebih besar dan bersatu, sebelum penglibatan kuasa untuk memecah-belahkan umat Islam, adalah mitos yang menyedihkan, dan kita sangat sukar untuk menerima dakwaan itu sebagai justifikasi yang benar. Hanya dengan menganalisa keputusan-keputusan arus perdana dari empat mazhab fiqh ‘Sunni’ pada masa-masa seperti Kerajaan Uthmaniyyah, sudah menunjukkan apa yang difikirkan oleh Syiah. Jika sebilangan ‘Sunni’ zaman moden dengan senang hati membatalkan keputusan-keputusan tersebut dan menolaknya bulat-bulat, maka kami gembira dengan langkah positif ini dan dengan senang hati untuk bekerjasama dalam memenuhi matlamat-matlamat bersama. Akan tetapi, untuk mendakwa ini sebagai sektarianisme, adalah sesuatu yang asing, idea kontemporari dan adalah satu produk dunia moden, yang sayangnya hanyalah khayalan dan disusun lalu dipaparkan atas realiti sejarah berdarah yang jahat yang ditumpahkan daripada orang-orang Syiah.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib