Soalan-soalan mengenai Taqlid

Soalan-soalan mengenai Taqlid

Soalan-soalan mengenai Taqlid 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

  1. Bolehkan saya mengikuti Marja’ (autoriti agama) yang telah meninggal dunia?
  2. Adakah Taqlid (ikutan syara’) wajib semasa keghaiban Imam? Adakah Imam mengarahkannya?
  3. Siapakah autoriti yang paling kompeten yang masih hidup?
  4. Apakah pendapat Sheikh tentang Khomeini?

JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Dalam konsultasi dengan yang berbahagia Sheikh al-Habib;

A1. Tidak dibenarkan bagi seseorang secara syari’e bermula dengan mengikuti autori agama yang telah meninggal dunia. Walaubagaimana pun, adalah dibenarkan bagi untuk mengamalkan taqlid kepada seseorang marji’ taqlid yang telah meninggal dunia dalam semua ijtihadnya hanya dengan keizinan seorang autoriti yang hidup yang mengizinkan untuk kekal berpegang dengan taqlid orang yang telah meninggal dunia. Bagi kes-kes kontemporari dan baru, seseorang haruslah merujuk kepada ijtihad-ijtihad dan pendapat-pendapat autoriti yang masih hidup.

A2. Adalah wajib ke atas seseorang menjadi sebagai seorang Mujtahid (pakar dalam perundangan hasil daripada tafaqquh); atau seorang Muqallid (orang yang bertaqlid, yang mengikuti seorang autoriti agama); atau seorang Muhtat (Ihtiyat, beramal dengan secara penuh berhati-hati dengan pendapat-pendapat maraji’-maraji’ yang masih hidup). Seseorang yang bukan seorang Mujtahid atau tidak mampu untuk mengamalkan Ihtiyat wajib mengikuti seorang autoriti dalam setiap perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum agama, amalan-amalan ibadah, kontrak dan lain-lain. Inilah tugas setiap orang mukmin ketika era Ghaibah Kubro seperti yang dilaporkan di dalam riwayat yang mulia daripada Imam al-Mahdi (Selawat ke atasnya): “

Bagi perkara-perkara yang sedang berlaku, rujuklah kepada perawi-perawi riwayat daripada kami, kerana mereka adalah hujahku terhadap kalian, dan aku adalah Hujah Allah ke atas mereka.
Biharul Anwar, Jilid 53, ms. 180

A3. Yang berbahagia, Sheikh al-Habib, percaya bahawa Ayatollah Al-Uzma Sayed Sadiq al-Hussaini al-Shirazi (Semoga Allah memanjangkan umurnya) adalah yang paling layak dan ilmuan yang alim.

A4. Dia adalah seorang yang terpesong kerana aqidahnya bertentangan dengan aqidah-aqidah Islam yang sebenarnya seperti yang diajarkan oleh Nabi dan para Imam suci (Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas mereka); seperti kepercayaannya dalam konsep Pantheism, Falsafah dan Mysticim yang mana para Imam sangat keras dalam menyuarakan penentangan terhadapnya.

Sebagai tambahan, antara penyelewengan-penyelewengannya adalah kenyataannya setelah dia berjaya menumbangkan rejim di Iran bagi menjaga ‘Republik Islam’ yang diproklamasikan olehnya sendiri lebih penting daripada menjaga nyawa Imam yang dinanti-nantikan (Selawat ke atasnya)! Ia memberikan makna bahawa orang-orang Islam boleh mengetepikan nyawa Imam al-Mahdi (Selawat ke atasnya) demi kepentingan menjaga kerajaan Khomeini! Tidak ada daya upaya atau kekuatan melainkan daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib