Kenapakah Amir al-Mu’mineen menamakan anank-anaknya Abu Bakr, Umar & Uthman?

Kenapakah Amir al-Mu’mineen menamakan anank-anaknya Abu Bakr, Umar & Uthman?

Kenapakah Amir al-Mu’mineen menamakan anank-anaknya Abu Bakr, Umar & Uthman? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Kenapakah Amirul Mukmineen menamakan anak-anaknya Abu Bakr, Umar dan Uthman? Apakah pandangan anda tentang Khomeini dan Khamenei?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Bukti sejarah telah menyingkapkan gambaran jelas tentang bentuk hubungan antara Ahlul Bayt Nabi (SAWA) dan berhala-berhala Saqeefa. Telah diketahui umum permusuhan antara kedua pihak. Seseorang hanya perlu menyelak lembaran sejarah untuk mengetahui bahawa Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) menentang Abu Bakr semata-mata kerana Allah yang Maha Tinggi, begitu juga Sayyidah Fatima al-Zahra (Selawat ke atasnya) menentang Abu Bakr dan Umar (Semoga kemurkaan Allah ke atas mereka berdua)

Ironinya, golongan Bakri walaubagaimana pun telah melakukan percubaan memaparkan bentuk hubungan antara mereka sebagai hubungan yang harmoni yang mereka juluki sebagai ‘Keluarga’ dan ‘Sahabat’, iaitu Keluarga Nabi (SAWA) dan para sahabatnya dengan mendakwa Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) telah menamakan anak-anaknya dengan Abu Bakr, Umar dan Uthman disebabkan penghormatan kepada mereka!.

Berkenaan soalan kamu, kita pertama sekali harus tahu perbezaan antara istilah gelaran dan nama. Ahlul Bayt Nabi (SAWA) yang suci menamakan anak-anak mereka dan memberikan mereka nama kedua iaitu nama gelaran. Membiarkan anak-anak tanpa menamakan mereka sementara hanya memberikan nama-nama gelaran bukanlah sesuatu yang kebiasaannya dilakukan oleh sesiapa pada ketika itu, apatah lagi oleh Ahlul-Bayt (Selawat ke atas mereka).

Oleh kerana itu, jika ada orang yang mengatakan Amir al-Mu’mineen (Selawat ke atasnya_ ‘menamakan’ salah seorang anaknya Abu Bakr menunjukkan betapa sedikit kajian yang dia telah lakukan kerana Abu Bakr bukanlah nama tetapi adalah gelaran. Individu yang bernama Abu Bakr ibn Ali harus mempunyai nama, Walaubagaimana pun, ulama-ulama daripada kedua-dua pihak berbeza pendapat tentang nama sebenarnya. Sebahagian mereka telah melaporkan nama sebenarnya adalah Muhammad sementara yang lain berkata ia sama ada Abdullah atau Ubaidullah. Pada waktu-waktu tertentu, dikeranakan pengubahan perkataan yang tidak disengajakan di dalam kitab-kitab sejarah (iaitu kegelinciran pena, salah ejaan dan salah kedudukan di dalam manuskrip-manuskrip), pernyataan-pernyataan yang salah berlaku seperti nama ‘Abdullah’ yang lebih kurang sama dengan ‘Ubaidullah’.

Sebagai contoh, Ibn al-Sabbagh al-maliki, seorang ulama ‘Sunni’, telah melaporkan:

dan Muhammad al-Asghar yang nama keduanya adalah Abu Bakr, dan juga anak Ali yang lain; Abdullah. Mereka telah mati shahid disamping abang mereka, Hussain di Karbala. Ibu mereka adalah Laila binti Masoud
Al-Fusul al-Muhimmah, Jilid 1, ms. 644

Al-Masudi seorang sejarahwan yang terkenal dan diterima oleh kedua-dua belah pihak juga

telah melaporkan bahawa Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) mempunyai: “…sebelas anak, al-Hassan dan al-Hussain, daripada ibunya Fatima, anak perempuan Rasulullah…” Selanjutnya dia menyatakan: “…dan Muhammad al-Asghar yang nama keduanya adalah Abu Bakr
Al-Tanbih wal-Ashraf, ms. 258

Sheikh al-Mufid daripada kalangan kami telah melaporkan:

Amirul Mukminin (Semoga solawat dan salam ke atasnya) mempunyai dua puluh tujuh anak-anak lelaki dan perempuan kesemuanya…” Dia melanjutkan: “Muhammad al-Asghar yang nama keduanya adalah Abu Bakr dan Ubaidullah, kedua-duanya mati shahid bersama-sama abangnya Hussain (Selawat ke atasnya) di Taff dan ibu mereka adalah Laila binti Masoud al-Darimiyyah.
Al-Irshad, Jilid 1, ms. 354

Dari kalangan ulama ‘Sunni’ yang melaporkan bahawa Namanya adalah Ubaidullah adalah Abu Hayyan al-Tawhidi:

Daripada Laila binti Masoud, daripadanya dapatlah Ubaidullah iaitu Abu Bakr
Al-Basa’ir wal-Dhakha’ir, Jilid 1, ms. 214

Sementara Ibn A’tham al-Kufi mempercayai Namanya adalah Abdullah. Dia telah melaporkan tentang Pertempuran Karbala:

saudara-saudara Hussain mara ke hadapan. Mereka berazam untuk mengorbankan nyawa mereka deminya. Abu Bakr ibn Ali, yang juga bernama Abdullah adalah yang pertama sekali maju ke hadapan. Ibunya adalah Laila binti Masoud
Al-Futouh, Jilid 5, ms. 112

Juga, al-Mujdi telah melaporkan:

Abu Bakr, yang juga bernama Abdullah telah terbunuh dalam pertempuran di Taff bersama-sama dengan Abu Ali iaitu Ubaidullah. Ibu mereka adalah (Laila) al-Nahsha’iya al-Darimiyyah.
Asnab al-Talibiyyin, ms. 198

Berdasarkan riwayat-riwayat di atas, kita harus menerima fakta bahawa nama sebenar Abu Bakr ibn Ali adalah Muhammad, Abdullah atau Ubaidullah. Abu Bakr tidak lain hanyalah gelarannya yang tidak semestinya diberikan kepadanya oleh Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya). Tidak ada satu pun riwayat yang menyatakan bahawa Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) menamakannya sebagai penghormatan kepada Abu Bakr. Sekiranya dia benar-benar hendak menamakan anaknya atas penghormatan kepada Abu Bakr, dia sepatutnya menamakannya “Ateeq” iaitu nama sebenar Abu Bakr.

Perlu juga untuk dinyatakan di sini bahawa terdapat ramai individu pada ketika itu yang memiliki gelaran yang sama, Abu Bakr. Antaranya orang-orang yang benar seperti Abu Bakr ibn Hazim al-Ansari yang hidup pada kedua-dua zaman iaitu zaman Rasulullah (SAWA) dan Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya). Dia adalah seorang Arab dari Yaman. Selain itu, dia juga adalah sahabat besar Amirul Mukminin. Sekiranya kita mengandaikan Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) memberikan gelaran ini kepada anaknya, ia sememangnya ada kemungkinan ia diberikan sebagai penghormatan kepada Abu Bakr ibn Hazim al-Ansari.

Beralih kepada anak yang kedua pula; Umar ibn Ali. Sebahagian mengatakan Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) mempunyai anak bernama Umar biasanya dikenali sebagai Umar al-Atraf. Golongan ‘Sunni’ mendakwa dia dinamakan sebagai penghormatan kepada Umar, anak penzina Suhak (Semoga kemurkaan Allah ke atasnya), tetapi kami tidak menjumpai sebarang riwayat yang menyokong dakwaan mereka malah kami menjumpai beberapa riwayat yang dilaporkan di dalam kitab-kitab mereka yang mengatakan sebaliknya!

Ibn Shabbah telah meriwayatkan:

Diriwayatkan oleh Isa ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Umar ibn Ali Bin Abi Talib, dengan autoriti ayahnya, dengan autoriti ayah kepadanya, dengan autoriti Ali bin Abi Talib:Seorang anak lelaki ku telah dilahirkan pada hari Umar memegang tampuk kekhalifahan. Aku pergi kepadanya pada awal pagi dan berkata: Seorang anak lelaki telah lahir malam tadi. Dia berkata: Siapa yang melahirkannya? Aku berkata: Al-Taghlibiyyah, Dia berkata:Aku akan menamakannya dengan namaku dan memberikan kepadanya seorang hamba sebagai hadiah.’
Tareekh al-Madinah, ms. 755

Riwayat ini adalah salah dan palsu. Tidak ada riwayat yang dilaporkan untuk menyokongnya di dalam kitab-kitab hadis kami. Walaubagaimana pun, jika kita mengandaikan riwayat di atas adalah benar, maka ia hanyalah menyatakan bahawa Umar lah yang menamakan anak kepada Amirul Mukminin dengan Namanya! Juga, sekiranya seseorang meluangkan sedikit masa untuk membuat penyelidikan, maka dia akan dapat tahu bahawa ulama-ulama daripada kedua-dua belah pihak juga berbeza pendapat tentang nama sebenar anak kepada Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) ini. Sebahagian melaporkan bahawa namanya adalah Umar sementara sebahagian lainnya mengatakan ia adalah Amr. Di antara ulama-ulama tersebut adalah:

  1. Al-Qadhi al-Nu’man al-Maghribi dalam kitabnya Sharh al-Akhbar.
  2. Al-Yaqubi dalam kitabnya Tarikh al-Ya’qubi.
  3. Al-Tirmidhi di dalam Sunan.

Dan juga, jika sekali pun kita mengandaikan bahawa Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) mempunyai anak yang bernama Umar, ini tidak sekali pun bermakna dia secara khusus menamakan anaknya sempena Umar ibn al-Khattab. Jika kita melihat kepada kitab berjudul Al-Isaba fi Tamyiz al-Sahaba oleh Ibn Hajar al-Asqalani secara ringkas, kita boleh mendapati lebih kurang tiga puluh lima sahabat Nabi yang berbeza menggunakan nama Umar.

Anak tiri Nabi, Umar bin Abi Salama adalah seorang daripadanya. Dia adalah sahabat Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) yang bersama-sama dengannya menentang Aisha (Semoga kemurkaan Allah ke atasnya) di dalam peperangan Jamal. Dia ikut serta di Siffin dan dilantik oleh Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) sebagai Gabenor bagi wilayah Bahrain.

Di dalam sepucuk surat yang dituliskan oleh Imam Ali (Selawat ke atasnya) kepada Umar bin Abi Salama mengatakan berikut:

Kamu perlu tahu bahawa aku telah melantik Nu’man sebagai Gabenor bagi wilayah Bahrain dan menurunkan kamu daripada jawatan, bukan kerana aku tidak berpuashati dengan kerja-kerja kamu ataupun terdapat sebarang dakwaan terhadap kamu. Tidak diragui, kamu telah melaksanakan tugas kamu dengan baik sekali dan telah melakukannya dengan penuh keadilan atas apa yang telah aku tugaskan kepada kamu. Aku amat berpuashati dengan perkerjaan kamu dan tidak meragui kejujuran kamu, bukan juga aku menganggap kamu tidak berkesan dan menanggung pertanggungjawaban. Datang segera kepadaku. Sebenarnya aku harus menghadapi tirani-tirani dan penindas-penindas dari Syam dan aku mahu engkau bersamaku kerana engkau adalah salah seorang yang aku percayai dapat membantuku menghadapi musuh-musuh Allah dalam menegakkan pemerintahan Islam.
Nahj al-Balagha, surat 42

Ini memberitahukan kita terdapat kemungkinan yang besar Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) menamakan anaknya sempena manusia yang mulia ini.

Berkenaan Uthman ibn Ali pula, terdapat riwayat tentangnya bahawa dia telah menamakan anaknya Uthman (Selawat ke atasnya) untuk mengenang sahabatnya, Uthman ibn Madh’oun (Semoga Allah redha ke atasnya) yang merupakan salah seorang sahabat besarnya dan meninggal dunia semasa hayat Rasulullah (SAWA). Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) berkata:

Aku menamakannya dengan nama ini sempena saudaraku, Uthman ibn Madh’oun.
Rujuk Tanqeeh al-Maqal, Jilid 2, ms. 247

Abu Faraj al-Esfahani telah melaporkan: “Telah diriwayatkan daripada Ali yang berkata:

Aku menamakannya sempena saudaraku, Uthman ibn Madh’oun.
Maqatil al-Talibiyeen, ms. 55

Juga dilaporkan di dalam

Bihar al-Anwar bahawa Imam Ali: ‘…memanggil anaknya Uthman. Dia berkata: ‘Oh Uthman’. Lalu berkata, ‘Sesungguhnya aku tidak menamakannya sempena Uthman, orang tua kafir itu tetapi sempena Uthman ibn Madhoun”.
Bihar al-Anwar, Jilid 31, ms. 307

Agak baik juga dibawakan di sini bahawa fakta ini juga disokong oleh Imam al-Mehdi (Selawat ke atasnya dan semoga Allah yang Maha Tinggi mempercepatkan kezuhurannya). Di dalam Ziyarat al-Nahiya al-Muqadasa yang dilaporkan oleh al-Mashhadi di dalam kita menjumpai:

Salam ke atas kamu Uthman ibn Amirul Mukminin yang dinamakan Uthman sempena Uthman ibn Madh’oun.” Uthman ibn Ali juga shahid didalam pertempuran Karbala.
al-Mazar (ms. 489)

Daripada riwayat-riwayat di atas kita dapat merumuskan bahawa Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) tidak menamakan anak-anaknya sempena ketiga tirani iaitu Abu Bakr, Umar dan Uthman (Semoga kemurkaan Allah ke atas mereka) kerana kita tidak menjumpai satu pun bukti yang menyokong dakwaan tersebut. Nama-nama ini biasa digunakan dikalangan Arab pada waktu dulu. Dan anak kepada Imam Ali, Uthman adalah yang paling tua di antara ketiga-tiga itu. Ini menunjukkan turutan anak-anaknya itu tidak tersusun secara kronologi mengikut kronologi ketiga-tiga tirani tersebut.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib