SOALAN:
Salam ke atas kamu, Sheikh yang menakjubkan. Saya ada satu soalan ingin bertanyakan kepada kamu: Adakah apa-apa yang dilaporkan daripada Nabi yang mulia (SAWA) atau Amirul Mukminin atau Sayyida al-Zahra atau para Imam Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka semua) yang mengatakan bahawa mereka pernah mengucapkan shahadah ketiga (Ashhadu anna Aliyan Waliyyullah – Aku bersaksi Ali Waliyullah) sebelum mereka bersolat, seperti di dalam azan – walaupun dengan suara perlahan?
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Ya benar! Allah (Maha Tinggi kedudukannya) menitahkan azan dengan memasukkan shahadah ketiga sejak permulaan kewujudan insan! Imam kami, Abu-Abdullah al-Sadiq (Selawat ke atasnya) berkata:
Kami adalah Ahlul-Bayt dimana Allah telah meninggikan nama-nama kami. Ketika Dia menciptakan syurga-syurga dan bumi-bumi, Dia mengarahkan muazzin untuk melaungkan: ‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah’ tiga kali, ‘Aku bersaksi bahawa Mohammad adalah Pesuruh Allah’ tiga kali, ‘Aku bersaksi bhawa Ali adalah Pemimpin orang-orang beriman’ tiga kali.
Al-Amali oleh Sheikh al-Sadouq, ms. 701
Nabi kita yang teragung (SAWA) mengarahkan kita supaya melakukan hal yang sama. Dia berkata:
Sesiapa yang inginkan ikatan yang kukuh (iaitu kebenaran) di dunia ini dan di akhirat, hendaklah berkata: ‘Tiada Tuhan selain Allah, Mohammad itu Pesuruh Allah, Ali itu Waliyullah.
Al-Fadha’il oleh Ibn Shadhan, ms. 154
Tambahan pula, Imam kita Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) mengarahkan kita menyebutnya pada semua upacara dan menggandingkannya bersama kedua-dua syhahadah. Dia (Selawat ke atasnya) berkata:
Sekiranya ada antara kamu yang berkata: ‘Tiada Tuhan selain Allah, Mohammad itu Pesuruh Allah’, biarkan juga dia berkata: ‘Ali itu Pemimpin orang-orang beriman.
Al-Ihtihah oleh Al-Tabarsi, Jilid 1, ms. 230
Salah satu perkara yang telah dilaporkan oleh ‘Sunni’ adalah terdapat beberapa orang Islam telah mendengar Salman al-Farsi (Semoga redha Allah ke atasnya) menyebut shahadah ketiga ketika dia melaungkan azan, dan kemudian menyampaikan berita ini kepada Rasulullah (SAWA). Beliau menjawab:
Kamu telah mendengarkan sesuatu yang baik.
Telah dilaporkan juga bahawa mereka juga mendengarkannya daripada Abu-Dharr (Semoga redha Allah ke atasnya) melaungkan azan dengan cara yang sama. Mendengarkan itu, Rasulullah (SAWA) berkata:
Adakah kamu telah lupa kata-kataku di Ghadeer Khumm: ‘Sesiapa yang menjadikan aku Mawla, Maka Ali juga adalah Mawla’?
(Risalat-ul-Hidaya oleh Sheikh Mohammad Hussain Aal-Tahir, ms. 45, meriwayatkannya yang diambil daripada kitab Al-Salafa fi Amr al-Khilafa oleh Sheikh Abdullah al-Maraghi al-Masri, yang juga salah seorang ulama mereka)
Atas asas ini, kita akan mendapat tahu dengan pasti bahawa para maksumeen (Selawat ke atas mereka) pernah melakukan azan sembahyang dengan menyebut shahadah ketiga, yang merupakan sebahagian daripada Azan dan juga Iqama yang tidak dapat dipisahkan dan diremehkan kerana mereka (Selawat ke atas mereka) tidak mengarahkan kita apa-apa yang sia-sia kecuali merekalah yang terlebih dahulu bergegas melakukannya.
Pejabat Syeikh al-Habib