Adakah Al-Quran al-Kareem mempunyai penjelasan kepada segala perkara?

Adakah Al-Quran al-Kareem mempunyai penjelasan kepada segala perkara?

Adakah Al-Quran al-Kareem mempunyai penjelasan kepada segala perkara? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Berkenaan kedua ayat ini:

Dan Kami telah menurunkan ke atas kamu Kitab yang menjelaskan segala perkara.
Qur’an 16:90

Berdasarkan fakta, Al-Quran tidak mempunyai penjelasan kepada segala perkara; tidakkah ayat tersebut bertentangan denagna reality bahawa Al-Quran tidak mempunyai penjelasan kepada segala perkara. Sebagai contoh, tidak terdapat penjelasan jumlah raka’at (unit) tentang solat Zohor.

Dalam kisah-kisah itu mengandungi pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Ia bukanlah cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang telah didatangkan terdahulu daripadanya, dan penjelasan yang lengkap kepada segala perkara, dan petunjuk, dan rahmat kepada kaum yang beriman.
Qur’an 12:112

Maka, tidakkah kita mengatakan bahawa Sunnah menerangkan sebahagian perkara, seperti solat, berkonflik atau bertentangan dengan apa yang disebutkan oleh ayat tersebut berkenaan Qur’an? “Penjelasan kepada segala perkara” Jadi, tidakkah jumlah raka’at dalam solat juga satu perkara? Ya, ia adalah satu perkara dan tidak diberikan penjelasan. Maka, fakta bahawa jumlah raka’at tidak diperincikan, bertentangan dengan ayat itu jika ia tidak mengatakan tentangnya, bukan?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Bahagian1:

Al-Qur’an itu sendiri telah menjelaskan bagaimana kitab itu boleh menjelaskan segala perkara. Ayat suci berkaitan yang kamu tanyakan, adalah jelas mengenai penjelasan adalah tugas orang yang mana Al-Quran diturunkan kepadanya, kerana Al-Qur’an al-Kareem memberi rujukan kepada Nabi Allah (SAWA) di dalam ayat:

Dan Kami telah menurunkan kepada kamu.
Qur’an 16:90

Sebagai contoh, kamu boleh mengambil sebuah buku yang mengandungi hukum-hukum fizik, dan di dalam prakata buku tersebut menyebutkan bahawa ia bertujuan untuk menerangkan segala hukum fizik, dan apabila kamu mendapati buku tersebut menyuruh kamu kepada sumber-sumber yang lain bila tiba kepada penjelasan dan penerangan sebahagian hukum-hukum yang ada yang terdapat sedikit ketidakjelasan, tentulah kamu tidak akan mengatakan apa yang diperkatakan di dalam prakata buku itu sebagai tidak betul.

Di dalam Al-Qur’an yang suci, terdapat sebilangan ayat yang memberikan petunjuk kepada kita kaedah untuk mendapatkan penjelasan daripada Kitab suci tersebut, dan ianya telah menerangkan bahawa Rasulullah (SAWA) dan keluarganya (Selawat ke atas mereka) setelahnya adalah orang-orang yang memberi penjelasan, interpretasi dan menerangkan kepada kita kitab ini yang telah Allah wahyukan kepada Rasul Allah (Maha Tinggi Dia) dengan berkata:

Dan telah kami turunkan ayat-ayat keterangan kepada kamu supaya kamu dapat menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, agar mereka memikirkannya.
Qur’an 16:45

Di dalam Tafsir-ul-Burhan’ telah diriwayatkan oleh Imam Abu Abdillah (Selawat ke atasnya) yang dia berkata:

kamu dapat menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, agar mereka memikirkannya.
Qur’an 16:44

Kitab itu adalah ilmu dan orang-orangnya adalah Keluarga Muhammad (SAWA). Allah telah mengarahkan mereka agar bertanyakan kepada mereka dan tidak pula mengarahkan untuk bertanya kepada orang-orang yang bodoh. Allah telah menamakan Qur’an sebagai suatu keterangan dan maka itu Dia (Maha Agung dan Tinggi Dia) berkata:

Dan Kami turunkan ayat-ayat keterangan kepada kamu supaya kamu dapat menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, agar mereka memikirkannya.
Qur’an 16:45

Dan Dia berkata: Dan Sesungguhnya, ia adalah ayat-ayat keterangan kepada kamu, dan kaummu; dan kamu akan ditanya
Qur’an 43:45

Imam kami, al-Baqir (Selawat ke atasnya) berkata:

Allah tidak meninggalkan apa-apa yang diperlukan oleh ummah ini sehingga hari kebangkitan kecuali Dia telah menwahyukannya di dalam Kitab-Nya (dan menjelaskannya kepada Rasul-Nya) dan Dia telah memberikan definisi segala perkara dan memberikan bukti-bukti padanya.
Basa’er-ud-Darajat, ms. 6

Telah dikatakan kepada Imam al-Kadhim (Selawat ke atasnya):

Semoga Allah menjadikan aku tebusanmu, beritahukan kepadaku tentang Nabi (SAWA) adakah dia mewarisi daripada seluruh Nabi (Selawat ke atas mereka)?”. Dia berkata kepada perawi:

Ya, daripada Adam hingga kepadanya sehinggalah kepadaku.” Dia berkata: “Allah tidak mengutuskan seseorang Nabi kecuali Mohammed lebih berpengetahuan daripadanya. Kami telah mewarisi Qur’an ini; terdapat daripadanya apa yang membelah gunung-ganang, dan memendekkan (jarak) antara negeri. Maka, apa yang telah Dia tuliskan kepada para pendahulu, Dia telah meletakkannya di dalam Kitab Induk. Sesungguhnya, Allah berkata di dalam Kitab-Nya:

Tidak ada rahsia apa yang di langit dan di bumi, kecuali terdapat di dalam Kitab yang jelas.
Qur’an 27:75

dan kemudian berkata: ‘Kemudian Kami menyerahkan Kitab itu kepada mereka dikalangan hamba-hamba Kami yang terpilih
Qur’an 35:32

Kami adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah, dan kerana itulah kami mewarisinya yang terkandung padanya segala perkara.
Basa’er-ud-Darajat, ms. 114

Imam al-Baqir (Selawat ke atasnya) berkata:

Rasulullah (SAWA) adalah yang paling mendalam ilmunya kerana dia mengetahui segala yang Allah telah wahyukan daripada segala interpretasi fungsional dan penurunannya; dan Allah tidak menurunkan sesuatu kepadanya tanpa Dia mengajarkan interpretasi fungsionalnya; dan para pewaris setelahnya mengetahui kesemuanya.
Tafseer-al-Qommi, ms. 87

Part 2: Ia telah diberikan respon dalam jawapan sebelum ini.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib