Adakah Imamah lebih tinggi daripada Kenabian?

Adakah Imamah lebih tinggi daripada Kenabian?

Adakah Imamah lebih tinggi daripada Kenabian? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

ramai Bakri bertanyakan kepada saya tentang Imamah dan kenapakah ia lebih tinggi dalam darjat berbanding Kenabian?

Adakah terdapat apa-apa bukti bahawa Imamah lebih tinggi darjatnya berbanding Kenabian? Dan kenapakah kita, sebagai orang Syiah, melebih-lebihkan para Imam berbanding para Nabi (Salam ke atas mereka semua)?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Perbezaan antara Imamah dan Kenabian hanya boleh dijelaskan secara rasional dengan melihat kepada tugas-tugas kedudukan-kedudukan ini.

Al-Allamah al-Majlisi berkata

Kita tidak tidak tahu untuk tidak menisbahkan mereka dengan Kenabian kecuali dengan kepemimpinan Penutup segala Nabi, dan perbezaan antara Kenabian dan Imamah tidak mampu menjangkaui aqal kita.
Bihar al-Anwaar, Jilid.28

Imamah adalah status tertinggi yang dicapai oleh seorang Nabi setelah menjadi seorang Rasul.

Perbezaannya adalah seorang Nabi menerima wahyu daripada Allah yang Maha Besar, dan dia menyampaikan dakwahnya kepada kaumnya. Bagi seorang Imam, tugasnya adalah untuk menjaga wahyu yang diajarkan oleh Nabi, maka tugasnya sesungguhnya sangat besar.

Setiap Nabi, tanpa apa-apa keraguan adalah lebih baik berbanding wasinya.

Penutup segala Nabi adalah Muhammad ibn Abdullah (SAWA) dan para wasinya adalah penjaga kepada risalah Ilahi yang terakhir ini, maka ia perlu agar para wasinya lebih baik berbanding para Nabi sebelum Baginda.
Kami dan juga pihak yang menentang bersetuju bahawa Imam al-Mahdi (Selawat ke atasnya) akan memimpin Nabi Isa (Selawat ke atasnya) di dalam solat, yang diimami olehnya, dan sudah diketahui umum bahawa yang yang lebih utama tidak mungkin bersolat dibelakang orang yang yang lebih awla.

Imam al-Mahdi lebih baik daripada Nabi Isa (Selawat ke atas mereka berdua), dan yang terakhir pula adalah Nabi daripada daripada kalangan Nabi-nabi Ulul-‘azm

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib