SOALAN:
Bagaimakah seseorang menjawab soalan berkaitan perkahwinan Umar dengan Umm Kulthom binti Ali, kerana ia terdapat riwayat yang sahih yang dilaporkan daripada Hisham bin Salim al-Jawaliqi dalam isu ini, yang mana tanpa syak dia adalah seorang perawi yang tsiqah dan dikalangan orang-orang yang mempertahankan kewilayahan para imam (Selawat ke atas mereka)?
Bolehkah kamu memberikan pencerahan berkenaan isu ini?
Yahya
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Terdapat dua hadis yang diriwayatkan oleh Hisham bin Salim al-Jawaliqi berkaitan kisah perkahwinan Umm Kulthum dengan Umar (Semoga laknat Allah ke atas nya), yang tidak pun menunjukkan perkahwinan itu benar-benar berlaku.
Hadis pertama adalah daripada Ali bin Ibrahim, daripada ayahnya, daripada Ibn Abi Umayr, daripada Hisham bin Salim dan Hammad daripada Zurarah yang meriwayatkan bahwa Imam Abi Abdullah al-Sadiq (Selawat ke atasnya) berkata tentang perkahwinan Umm Kulthum
Ia adalah kehormatan yang telah diambil daripada kami dengan secara paksa.
al-Kafi oleh al-Kulayni, Jilid 5, ms. 346
Perkataan ‘Faraj’ dalam teks Bahasa Arab dalam riwayat itu digunakan sebagai metafora bagi perkataan ‘Irdh’ yang bermaksud kehormatan seseorang yang berkait rapat kepada saudara-mara perempuan seseorang. Ini telah dijelaskan didalam Bihar ul Anwar oleh Allamah Majlesi (Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya)
Sekiranya kita beranggapan bahawa hadis ini tidak diucapkan atas dasar Taqiyya, maka, dalam perkataan yang lain ia boleh bermakna:
Musuh-musuh kami yang menyebarluaskan cerita rekaan ini (berkenaan perkahwinan) telah mengambil kehormatan perempuan ini dengan secara paksa.
Hadis kedua dengan jalur periwayatan yang sama seperti sebelum ini, walaubagaimana pun, diambil daripada Muhammad bin Abi Umayr, daripada Hisham bin Salim yang meriwayatkan bahawa Imam Abi Abdullah al-Sadiq (Selawat ke atasnya) berkata:
Apabila dia [Umar] [Umar] meminta Amirul Mukminin, dia (Imam) berkata: [the Commander] Dia masih kecil.’ Maka dia [Umar] [Umar] bertemu dengan Abbas dan bertanyakan kepadanya: ‘Apa yang salah dengan diriku? Adakah apa-apa masalah dengan diriku?’ Abbas berkata: ‘Kenapa?’ Umar menjawab: “Aku meminta anak saudaramu untuk berkahwin dengan anak perempuannya dan dia menolak lamaranku. Oj, aku bersumpah demi Allah, Aku akan menimbus telaga Zamzam dengan tanah, Aku akan memusnahkan kehormatan yang kamu miliki, dan aku akan membawakan dua orang saksi untuk bersaksi bahawa dia [Ali] mencuri, supaya aku akan memotong tangan kanannya.’ Abbas setelah itu [Ali] dating kepada Ali (Selawat ke atasnya) dan memberitahunya apa yang telah berlaku. Dia meminta Ali (Selawat ke atasnya) untuk membiarkan urusan ini ditangannya dan dia pun bersetuju.” (Rujukan yang sama seperti sebelum ini)
al-Kafi oleh al-Kulayni, Jilid 5, ms. 346
Jika kita menganggap hadis ini tidak dilafazkan atas dasar Taqiyya maka kita hanya boleh mendapati yang Imam Ali (Selawat ke atasnya) telah meletakkan urusan itu ditangan Abbas untuk menangani kebiadaban dan kelancangannya mendesak untuk perkahwinan itu (yang bertentangan dengan kehendak mereka). Bermaksud kita tidak mempunyai sebarang bukti yang perkahwinan itu benar-benar berlaku. Malah, inilah yang menyebabkan segelintir ulama merumuskan bahawa Umar tidak dapat berkahwin dengan Umm Kulthum (Selawat ke atasnya), kerana Imam Ali (Selawat ke atasnya) telah meletakkan urusan itu di tangan Abbas, Abbas melengahkan perkahwinan itu setelah dia berjaya membuatkan Umar percaya yang dia akan dapat berkahwin dengan Umm Kulthum (Selawat ke atasnya). Pada waktu itu, Umar (Semoga laknat Allah ke atasnya) telah dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah (Semoga Allah meredhainya). Bermaksud Umar telah dibunuh sebelum dia dapat menikahi Umm Kulthum (Selawat ke atasnya).
Ini adalah berdasarkan anggapan bahawa dua riwayat yang disebutkan sebelum ini atas dasar Taqiyya untuk tujuan-tujuan menjaga keselamatan; jika tidak, ia sememangnya mempunyai kemungkinan yang kuat berlaku sedemikian. Bagi penyebab para Imam (Selawat ke atas mereka) menasihati kita untuk memastikan sesuatu riwayat yang berasal daripada mereka itu benar atau pun tidak, kita harus memeriksanya di dalam kitab-kitab para penentang. Sekiranya ia terdapat didalam kitab-kitab mereka, maka kita harus menolaknya, kerana ia berkemungkinan direkayasa atau dikatakan dalam keadaan Taqiyya (iaitu menjaga diri mereka daripada para penindas).
Dan seperti mana asal riwayat yang kita dapati berkenaan perkahwinan Umm Kulthum dengan Umar (Laknat Allah ke atasnya) di dalam kitab-kitab para penentang, maka dengan bersandarkan kepada nasihat yang telah diberikan oleh para Imam, adalah berkemungkinan besar hadis-hadis itu secara salah dinisbatkan kepada Imam (Selawat ke atas mereka) dan dengan itu seseorang boleh meragui kesahannya.
Apa sekalipun keadaannya; hatta jika kita beranggapan sekiranya kedua-dua riwayat sebelum ini tidak dikatakan secara Taqiyya, dan tafsiran-tafsirannya malah datang daripada apa yang penentang-penentang Ahlul Bayt dakwakan sebagai benar, makai a hanya menunjukkan bahawa Umar memberi ugutan kepada Amirul Mukminin bahawa dia akan memusnahkan tanda kebesaran Allah (iaitu Zamzam) dan memotong tangan kanan Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya), yang mana Imam Ali (Selawat ke atasnya) secara terpaksa meletakkan urusan itu di tangan bapa saudaranya, Abbas.
Mereka juga menunjukkan fakta bahawa Sayyida umm Kulthum (Selawat ke atasnya) terpaksa menerima perkahwinan itu demi agama seperti mana Sayyida Asiya binti Muzahim terpaksa berkorban apabila dia menerima untuk dikahwinkan dengan Firaun yang angkuh (Semoga laknat Allah ke atasnya).
Penentang-penentang Ahlul Bayt yang jahil sehinggakan seolah-olah terbang dengan penuh gembira bila mendapati kedua riwayat ini yang mana mereka menyangka mereka dapat membuktikan berlakunya perkahwinan tuan mereka, Umar dengan Umm Kulthum. Sekiranya mereka memberikan perhatian yang lebih kepada fakta bahawa dengan menerima hadis-hadis ini sebagai benar, ia hanya membuktikan bahawa tuan mereka, Umar adalah seorang perogol yang tirani yang memaksakan para Wanita berkahwin dengannya walaupun tanpa keizinan penjaga mereka.
Pejabat Syeikh al-Habib