SOALAN:
Umar ibn Al-Khattab memang dikenali ketagihannya pada arak ketika zaman jahiliyah. Dia sendiri pernah mengaku bahawa dia seorang peminum arak yang tegar! Telah direkodkan didalam sumber-sumber ‘Sunni’:
Aku adalah antara orang yang kuat minum (arak) pada zaman jahiliyah.
Al-Bidaya wal-Nihaya oleh Ibn Katheer, Jilid 3 ms 101
Telah direkodkan didalam kitab yang menegakkan agama Sunni bahawa Umar ibn al-Khattab terus minum arak sehinggalah Allah (Maha Mulia lagi Tinggi kedudukan-Nya) mewahyukan:
Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian melalui arak dan judi dan menghalang kamu dari mengingati-Nya dan mengerjakan sembahyang. Adakah kamu akan berhenti?
Quran 5:92
Setelah ayat ini diturunkan, Omar berkata:
Aku berhenti!, Aku berhenti
Difa’an al-Sunnah, ms 62
Soalan: Adakah anda tahu secara anggarannya bilakah ayat ini diturunkan? Oleh itu, dapatlah kita bila sebenarnya Umar berhenti daripada meminum arak? Saya percaya, untuk melihat isu ini; kita perlu tahu bilakah ayat ini diturunkan!
Bolehkah anda berikan kajian yang menyeluruh berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai supaya dapat saya gunakan sebagai hujah kepada pengikut-pengikut sunnah Umar (Semoga laknat Allah keatasnya). Mereka mengatakan terdapat banyak jenis minuman beralkohol, ada yang memabukkan dan Umar hanya minum arak yang tidak memabukkan. Adakah kedua-duanya haram berdasarkan hukum Islam?
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Kami pernah membawakan isu ini didalam syarahan-syarahan yang lepas dimana kami telah membahagikannya kepada tiga perkara utama:
- Perkara pertama: Ayat ini adalah potongan daripada Surah al-Ma’ida yang merupakan surah terakhir didalam al-Quran yang telah diturunkan. Ia diturunkan sekembalinya Rasulullah (SAWA) dari Mekah ke Madinah.
Ibn Kathir telah membawakan sebilangan Riwayat di dalam tafsirnya yang mengesahkan bahawa Surah al-Ma’ida adalah surah terakhir yang diturunkan didalam Al-Quran. Dia membawakan riwayat Abdullah Ibn Amru IbnAl-Aas daripada sunan Al-Tirmidhi dan mustadrak Al-Hakem:
Surah terakhir yang diturunkan adalah Surah Al-Maida dan Al-Fath.” Seklain itu, dia juga membawakan hadis Jubayr Ibn Nufayr seperti yang terdapat didalam Al-Hakim: “Aku sedang mengerjakan Haji dan terus mendapatkan Aisha dan dia berkata kepadaku: “Wahai Jubayr, adakah engkau membaca Surah Al-Ma’ida?” Aku berkata: “Ya. Lalu dia berkata: ‘Sesungguhnya, ia adalah surah terakhir yang telah diturunkan jadi apa saja yang engkau dapati dihalalkan didalamnya maka ambillah dan apa yang telah diharamkan didalamnya maka jauhilah.” Al-Hakem mensahihkan hadis ini dengan syarat Shaykhayn
Bukhari dan Muslim). (Rujuk Tafseer Ibn Kathir, Jilid 2 ms.3
- Perkara kedua: Ia sudah menjadi ijma’ bahawa ayat ini diturunkan setelah Haji Wida’ (Haji terakhir) oleh Nabi (SAWA). Ibn Kathir melaporkan didalam tafsirnya Riwayat Ahmad Ibn Hanbal dan Ibn Mardawayh yang mengatakan bahawa surah ini diwahyukan ke atas Baginda Rasulullah (SAWA) semasa Baginda sedang menunggang unta dan;
kerana beratnya surah ini hampir-hampir saja patah tengkuk unta itu
Rujuk Tafseer Ibn Kathir, Jilid 2, ms.3
Jarak masa antara Haji Wida’ dengan waktu kesyahidannya (SAWA) adalah lebih kurang dua bulan.
Lagipun, tidak ada mana-mana kumpulan yang mengatakan ayat ini terpisah daripada keseluruhan Surah Al-Ma’ida, sekaligus kita akan tahu bahawa ia sememangnya diturunkan pada waktu Nabi mengerjakan
Haji yang terakhir yang berlaku kira-kira dua bulan sebelum kesyahidannya
- Perkara yang ketiga: Terdapat sebilangan hadis yang bersetuju bahawa ayat ini diturunkan demi mengutuk Umar Ibn al-Khattab ketika dia sedang meminum arak dan menjadi mabuk, apabila mendengarkan itu, Nabi cepat-cepat datang kepadanya sehinggakan Baginda memukulnya dengan sesuatu yang dibawakan dalam genggamannya!
Kejadian ini telah dirakamkan oleh Shihab-ul-Deen al-Abshayhi:
Allah (Maha Tinggi kedudukannya) menurunkan tiga ayat berkaitan arak: Pertama daripadanya adalah ayat-Nya (Maha tinggi kedudukannya): “Mereka bertanyakanmu tentang arak dan judi. Katakanlah: ‘Didalamnya keduanya terdapat keburukan yang besar dan hanya sedikit manfaat kepada manusia. Tetapi keburukan keduanya lebih besar berbanding manfaatnya. Dan mereka bertanya lagi kepadamu, apakah yang patut mereka belanjakan? Katakanlah Belanjakanlah apa yang berlebihan.’daripada apa yang ada padamu.
Qur’an 2:220
Setelah itu masih ada lagi diantara orang-orang Muslim yang masih terus meminum arak dan ada juga yang berhenti terus dari meminumnya, Sehinggakan ada di antara mereka yang mengerjakan solat sambil berhalusinasi.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendatangi solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, supaya kamu tahu apa yang kamu katakan.
Qur’an 4:44
Setelah itu masih juga ada lagi yang masih terus-menerus meminum arak dan ada juga yang berhenti daripada meminumnya sehinggalah Umar (Semoga laknat Allah keatasnya) mabuk, dan dia tiba-tiba menggenggam tulang rahang unta dan dengannya memukul kepala Abdul-Rahman bin Awf dan menyebabkannya cedera di kepala, sedang dia (Umar) melantunkan syair yang dikarang Al-Aswad Ibn Ya’far bagi mengenang orang-orang yang terbunuh dalam peperangan Badr yang berbunyi:
Di tengah -tengah timbunan Al-Badr, terdapat orang-orang Arab yang mulia, tua dan muda!
Adakah anak si Kabsha bersumpah bahawa kami akan mati dan hidup semula dalam keadaan dahaga?
Adakah dia dapat menangguhkan kematianku sendiri dan menyelerakkan tubuhku andai tulang-tulangku bertaburan?
Biarkan dia mengadu pada Tuhan al-Rahman bagi pihakku bahawa aku tidak akan mengendahkan bulan puasa,
Juga, suruhlah Allah menghalang diriku daripada minumanku, dan suruhlah Allah agar menghalangi aku dari makananku!”
Berita itu sampai kepada Rasulullah (SAWA) lalu Baginda meluru mendapatkan Umar dan mecekak jubahnya dan mengangkat sesuatu yang dipegang ditangannya lalu memukul Umar dengannya. Kemudian dia (Umar) berkata:
Aku berlindung kepada Allah daripada kemurkaannya dan kemurkaan Nabi-Nya!” Pada ketika itu jugalah turun daripada Allah (Maha Tinggi kedudukannya) wahyu: “Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian melalui arak dan judi dan menhalang kamu dari mengingati-Nya dan mengerjakan sembahyang. Adakah kamu akan berhenti?” (Quran 5:92) Kemudian Omar pun berkata: “Aku berhenti! Aku berhenti!
Al-Mustatraf oleh Shihab-ul-Deen al-Abshayhi, Jilid 2, ms.291. Al-Zamakshari meriwayatkan hadis ini daripadanya didalam Rabi’ul-Abrar
Ketika ayat-ayat berkaitan arak diturunkan sebelum itu, Omar cuba mencari dalih penetapan hukum pengharaman arak kerana dia ingin meneruskan ketagihannya meminum arak.
Al-Hakem meriwayatkan peristiwa tersebut daripada Abi-Maysara yang berkata:
Apabila ayat pengharaman arak diturunkan, Umar berkata: “Ya Allah, berikan kami hukum yang jelas tentang arak!” Lalu turunlah ayat yang tercatat dalam Surah al-Baqarah: “Mereka bertanyakan mu tentang arak dan judi…” (Quran 2:220) Umar kemudiannya diminta untuk meninggalkannya (arak), lalu dia berkata lagi: “Ya Allah, berikan kami hukum yang jelas tentang arak!” Ketika itu turunlah Surah Al-Ma’ida, dan sekali lagi disuruh agar meninggalkannya, dan ia dibacakan dihadapannya, dan apabila pembaca sampai kepada bahagian “Adakah kamu akan berhenti?” (Quran 5:92) Umar berkata: “Aku berhenti! Aku berhenti!
Mustadrak al-Hakem, Jilid 2, ms 278
Berikan perhatian pada ayat Abi-Maysara:
Ketika ayat pengharaman arak diturunkan
dia mengatakan tentang ayat tentang penharaman arak, yang mana semua Muslim faham bahawa ayat ini telah mengharamkan pengambilan arak. Walaubagaimana pun, Umar tetap berkeras mengatakan ayat ini masih tidak jelas dalam penetapan hukum pengharamannya, dan dia masih terus bersikap demikian sehinggalah keseluruhan ayat diturunkan! Ini mendedahkan bahawa Omar sememangnya seorang yang ketagihan arak dan sentiasa mahu terus melakukannya!
Versi yang sama juga boleh didapati didalam banyak kitab seperti
- Al-Tirmidhi (Sunan al-Tirmidhi, Jilid 4, ms 319
- Al-Bayhaqi (Sunan al-Bayhaqi, Jilid 4, ms 143
- dan Ahmad (Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Jilid 1, ms 53) dan banyak lagi.
Dan apabila ayat terakhir berkenaan pengharaman arak diturunkan oleh Allah, Al-Waliy (Maha Mulia dan Tinggi kedudukannya), Umar sangat tidak berpuas hati sehinggakan dia berkata bahawa arak sudah diambil daripadanya selamanya pada hari Allah (Maha Tinggi kedudukannya) menggandingkannya dengan arak! Al-Suyuti meriwayatkan berikut daripada Ibn Jareer, daripada Sa’eed Ibn Jubayr yang berkata:
Apabila ayat “Mereka bertanyakan kepadamu tentang arak dan judi…” (Quran 2:220) sebahagian orang tidak menyukainya kerana terkandung ayat didalamnya: “…Didalamnya terdapat segala keburukan…” dan mereka masih lagi meminumnya kerana terkandung ayat didalamnya: “…dan terdapat manfaat kepada manusia…” Apabila ayat berikutnya diturunkan: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendatangi solat sedang kamu dalam keadaan mabuk…” (Quran 4:44) lalu mereka pun meninggalkannya apabila melakukan solat dan hanya minum ketika mereka tidak bersolat. Dan apabila ayat yang seterusnya turun: “Mereka bertanyakan mu tentang arak dan judi…” (Quran 2:220) Umar berkata: “Hari ini ia telah hilang daripada kamu! Ia sudah jadi sama seperti judi!”
Al-Durr al-Manthour oleh Al-Suyuti, Jilid 2, ms 317
Sekarang kamu sudah mula peka terhadap tiga perkara ini, kamu mungkin sudah tahu, Ibn al-Khattab sememangnya ketagihan arak semasa kedua-dua era iaitu semasa jahiliyah dan setelah memeluk Islam, dan sehingga sekurang-kurangnya dua bulan sebelum Nabi yang mulia (SAWA) meneguk syahadah. Kami mengatakan “sekurang-kurangnya” kerana dia tidak mengatakan akan berhenti dari meminum arak sebelum turunnya Surah al-Ma’ida yang merupakan surah terakhir daripada Al-Quran al Kareem yang diturunkan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum kesyahidan Nabi.
Umar masih lagi meminum arak yang dinamakan ‘Nabiz’@ Wine, dan hadis-hadis ‘Sunni’ terlalu banyak mengatakan tentang perkara ini. Contohnya, Al-Muttaqi al-Hindi meriwayatkan daripada Anas Bin Malik yang berkata:
Makanan yang paling disukai Umar adalah ‘Thafi”, dan minman yang paling disukainya adalah ‘Nabiz
Kanz-ul-Ummal, oleh Al-Muttaqi al-Hindi, jilid 12, halaman 626
Dia adalah seorang peminat tegar Nabiz. Pernah sekali dia diberikan Nabiz daripada anggur, dia lantas meminta air lalu dicampurkan bersama-sama Nabiz tersebut dan meminumnya. Kemudian dia berkata:
Nabiz dari Al-Ta’if sangat menakjubkan!
Al-Mabsout oleh Al-Sarkhasi, Jilid 24, ms 8
Thafi adalah apa-apa jenis bahan yang diperbuat daripada kurma, gandum atau bijirin.
Umar juga pernah memberikan alasan tabiatnya meminum Nabiz adalah untuk membantu dalam mencerna daging unta. Al-Bayhaqi meriwayatkan daripada Amru Ibn Maymoun yang berkata: “Umar berkata:
Aku meminum Nabiz yang memotong daging unta dalam perutku supaya ia tidak menyakitkan kami (kata ganti nama yang mengkagumkan)!
Sunan al-Bayhaqi, Jilid 8, ms 299
Ia tidak cukup sekadar menjadi tabiatnya, malah dia juga pernah mengajak orang ramai untuk melakukannya, katanya lagi, meminum arak menguatkan tulang belakang dan membantu pencernaan! Dia juga berkata:
Minumlah Nabiz didalam bekas-bekas ini, sesungguhnya, ia menguatkan tulang belakang dan mampu mencerna apa saja didalam perut kamu, dan ia tidak akan sesesekali memudaratkanmu selagimana kamu lakukannya bersekali dengan air!
Kanz-il-Ummal oleh AL-Muttaqi al-Hindi, Jilid 5, ms 522
Dia (Semoga laknat Allah keatasnya) sangat ketagihan arak sehinggakan dia mengekspresikan kecintaannya terhadap arak hatta semasa di tempat pembaringan sebelum kematiannya! Mereka yang berada disekelilingnya berkata:
Apa minuman yang engkau ingin kami bawakan?” Mendengarkan itu dia berkata: “Nabiz
Sunan al-Bayhaqi, Jilid 3, ms 113
Untuk menunjukkan dia membenarkan minum arak yang dicampur bersama air untuk mengurangkan kelikatannya, di sini sumbernya
Umar al-Khattab berkata: “Jika kamu takut kesan apa-apa Nabiz yang terlalu kuat, sila tambahkannya dengan air.
Sunan al-Bayhaqi, Jilid 8, ms 326
Dalam pada kegilaannya mencampurkan arak dengan air bagi menghalalkan tabiatnya itu, ‘Sunni’ masih juga ada membawakan riwayat Umar (Laknat Allah keatasnya) meminum arak tanpa mencampurkannya bersama dengan air!
Telah diriwayatkan daripada Mawla kami, Umar bahawa dia pernah meminum arak yang sungguh kuat dan berkata: ‘Kita akan menyembelih unta-unta dan bahagian lehernya hanya untuk keluarga Umar dan tidak akan mampu untuk memotongnya (daging itu) kecuali dengan Nabiz yang kuat!
Bada’i-ul-Sana’i’ oleh Alaa’ul-Deen al-Kasani al-Hanafi, Jilid 5, ms 118
Kecintaan dan keghairahan Umar terhadap arak berterusan hinggalah ke detik terakhir kehidupannya, iaitu ketika dia menghadapi maut setelah menerima tikaman yang diberkahi pada bahagian perutnya. Al-Khateeb al-Baghdadi meriwayatkan daripada Amru Ibn Maymoun yang berkata:
Aku hadir setelah Umar ditikam. Dia dibawakan arak yang sungguh kuat dan dia meminumnya.
Tareekh Baghdad oleh Al-Khateeb al-Baghdadi, Jilid 6, ms 154
Berikan perhatian disini bagaimana Ibn Maymoun menggambarkan arak tersebut sebagai “kuat” iaitu ia bukanlah arak yang “ringan” yang tidak menyebabkan seseorang menjadi mabuk!
Seperti biasa, ilmuan-ilmuan Sunni terpaksa memberikan penilaian baharu bagi mengharmonikan hadis berkaitan Umar (Laknat Allah keatasnya) dengan apa-apa yang bertentangan dengan hadis Rasulullah (SAWA), lantas mereka mengatakan ia adalah dibenarkan untuk meminum arak asalkan ia tidak menyebabkan seseorang menjadi mabuk! Sekiranya seseorang menjadi mabuk kerananya, maka ia haram!
Al-Shafi’I berkata:
Sebahagian orang mengatakan arak itu adalah haram dan apa-apa minuman keras tidak menjadi haram kecuali jika ia benar-benar menjadikan seseorang itu mabuk dan hukuman tidak boleh dilaksanakan ke atas orang yang meminum apa-apa jenis minuman nabiz kecuali jika ia memabukkan. Telah diperkatakan sebahagian orang yang mengatakan: Bagaimana kamu boleh menidakkan apa yang telah diriwayatkan oleh Nabi (SAW) dan disahkan oleh Umar dan diriwayatkan juga oleh Ali sedangkan tidak ada satu pun sahabat Rasulullah (SAW) berkata apa-apa yang menidakkannya? Dia berkata: Kita pun ada meriwayatkan tentang Umar melaksanakan hukuman hadd terhadap seorang lelaki yang meminum arak hatta hanya sebahagian saja daripada minuman-nya itu. Kami mengatakan: Kamu telah meriwayatkan ini daripada seseorang yang tidak kamu kenali berdasarkan penilaian kamu sendiri dan ia tidak dapat digunakan sebagai bukti. Dia berkata: Bagaimana kita boleh dapat tahu apa yang diminum boleh membawa kepada tahap mabuk? Kami mengatakan: Kami tidak akan melaksanakan hukuman ke atas sesiapa yang tidak sampai kepada tahap mabuk kecuali dia sendiri yang mengatakan: “Aku telah minum arak”, atau seseorang menyaksikan perbuatannya itu, atau dia sendiri mengatakan: “Aku telah minum sesuatu yang memabukkan, atau pun dia minum dari satu bekas yang sama dengan orang lain dan menyebabkan orang lain juga menjadi mabuk – sebagai bukti bahawa apa yang telah mereka minum itu benar-benar memabukkan. Walaubagaimana pun, jika perkara itu tidak jelas maka hukuman tidak akan dijalankan, seseorang tidak dipersalahkan atas kesalahan orang lain; ia berkisar sama ada hukuman harus dijalankan atau ia sememangnya dibolehkan atau pun perkara tersebut tidak jelas. Jika perkara itu tidak jelas maka hukuman tidak boleh dijalankan. Seseorang hanya boleh dihukum hanya atas apa yang benar-benar berlaku.
Al-Umm oleh al-Shafi’i, Jilid 6, ms 156
Ianya sangat jelas, penilaiannya itu bertentangan dengan prinsip bahawa setiap yang memabukkan itu adalah haram. Sebagai tambahan juga, prinsip yang mengatakan setiap sesuatu yang memabukkan, jika ia diminum dalam kuantiti yang besar dapat memabukkan, maka, ia menjadi haram sekalipun jika diminum dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, penilaian ini membuka peluang kepada orang-orang yang rakus sebagai alasan untuk mabuk, dimana seseorang itu mungkin akan meminum Nabiz dan masih boleh mengatakan dia tidak menjadi mabuk walaupun meminumnya!
Tentang hadis yang Al-Shafi’i isyaratkan, ia adalah berkenaan hadis seorang lelaki yang mabuk kerana meminum arak daripada botol arak yang juga diminum oleh Umar, namun kemudiannya Umar menjalankan hukuman hadd ke atasnya. Lelaki itu tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut, mengatakan “Aku hanya minum daripada botol kamu!” Mendengarkannya lalu Umar menjawab:
Aku memukulmu kerana engkau telah mabuk, bukan kerana engkau meminumnya!
Al-Aqd al-Fareed oleh Ibn Abd Rabbih, Jilid 1, ms 341
Walaubagaimana pun, menurut kami, pengikut-pengikut Nabi yang mulia dan Ahlul Baytnya (Selawat ke atas mereka), wine (didalam bahasa Arab: Nabeedh) adalah setara dengan arak:
Ia adalah haram dan najis kerana ia merupakan sejenis alkohol yang diperbuat daripada buah-buahan, sayuran dan pelbagai jenis gandum selain daripada anggur seperti kismis, kurma dan barli. Ia dinamakan “Nabeedh” (wine) kerana diekstrak (didalam bahasa Arab: Nabdh) daripada bahan utamanya sehingga ia mencapai proses fermentasi dan kemudiannya dididihkan dan pada akhirnya menjadi bahan yang memabukkan. “Sunni” mengatakan ia adalah salah satu daripada jenis wine yang tidak memabukkan; ia hanyalah satu pernyataan yang tiada bukti. Ini kerana orang-orang Arab menggunakan istilah “Nabeedh” (wine) hanya apabila ia merujuk kepada sesuatu yang memabukkan seperti mana yang dinyatakan oleh pengarang-pengarang Qomus. Bagi selain daripada minuman yang memabukkan contohnya bir yang diperbuat daripada barli (didalam bahasa Arab: Ma’ul-sha’eer) ia bukanlah “Nabeedh” tetapi “Ma’ul-sha’eer
Ibn Mandhour berkata didalam Lisan-ul-Arab:
Nabeedh sangat dikenali, ia adalah kata tunggal bagi perkataan ‘Anbadha’. Al-Lahyani berkata: ‘Nabadha tamran ia’alahu nabeedhan’ (Dia mengekstrak – bahan-bahan- daripada tamar dan menjadikannya nabeedh). Dia berkata: Ia dinamakan ‘Nabeedh’ kerana orang yang membuatnya akan menggunakan tamar atau kismis dan mengekstrak bahannya didalam air yang di tadah didalam bekas atau mangkuk dan kemudiannya akan membiarkan ia dipanaskan sehingga mendidih sehingga ia menjadi minuman yang memabukkan.
Lisan-ul-Arab oleh Ibn Mandhour, Jilid 3, ms 511
Pejabat Syeikh al-Habib