SOALAN:
Bagaimana mungkin Mahdi masih lagi hidup sedangkan dia dilahirkan lebih 1100 tahun yang lalu?
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Untuk meragui kemungkinan umur Imam al-Mahdi yang dinantikan (Selawat ke atasnya) boleh menjangkau ribuan tahun adalah mempersoalkan kuasa Allah yang Maha Besar.
Ijma’ dikalangan Muslim adalah Tuhan yang Maha Besar dan Maha Berkuasa dan memiliki segala kekuasaan ke atas hukum fizik dan kimia yang terpakai di alam ini. Demikian, Allah mampu memanjangkan umur sesetengah makhluk.
Telah dinyatakan di dalam Al-Quran yang mulia bahawa Nabi Nuh (Selawat ke atasnya) sampai kepada umur yang sangat panjang:
Dan sesungguhnya, Kami mengutuskan Nuh kepada kaumnya, dan dia berada di tengah-tengah mereka selama Sembilan ratus lima puluh tahun, akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan yang sedang mereka dalam keadaan zalim.
Qu’ran 29:15
Dengan itu, kita dapat tahu bahawa Dia juga mampu memberikan Imam al-Mahdi (Selawat ke atasnya) umur yang luar biasa panjang.
Pejabat Syeikh al-Habib