Kenapakah Nabi menggelar Aisha sebagai ‘Humaira’?

Kenapakah Nabi menggelar Aisha sebagai ‘Humaira’?

Kenapakah Nabi menggelar Aisha sebagai ‘Humaira’? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Apakah makna sebenar perkataan ‘Humaira’? Adakah benar Nabi menggelar Aisha begitu kerana dia mempunyai pipi kemerah-merahan? Aliran pemikiran yang lain beriya mengatakan ‘Humaira’ adalah kata yang diambil daripada ‘Hamra’ yang bermaksud kemerahan. Apakah maksud sebenarnya?

Kareem H.


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Meskipun fakta secara tatabahasanya salah untuk mengatakan perkataan ‘Humaira’ diambil daripada kata yang berasal daripada perkataan ‘Hamra’, perkataan ‘Humaira’ tidak pernah digunakan untuk menggambarkan wanita yang mempunyai kompleksi kemerah-merahan.

Orang-orang Arab malah memanggil individu lelaki yang memiliki kompleksi kemerah-merahan ‘Azhar’ dan bagi Wanita ‘Zahra’. Inilah sebab mengapa Nabi Muhammad (Selawat ke atasnya dan keluarganya yang suci) dipanggil ‘Azhar’ dan bukannya ‘Uhaimer’.

Sebagai contoh, Rabia bin Abi ABdur-Rahman, meriwayatkan:

Aku mendengar Anas bin Malik menggambarkan Nabi dengan mengatakan: “Dia memiliki ketinggian yang sederhana dikalangan orang-orang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah; dia memiliki warna ‘Azhar’ (kemerah-merahan), tidak terlalu putih dan tidak terlalu perang.
Sahih Bukhari, Jilid 4, Kitab 56, #747

Apabila Ibn Hajr menerangkan hadis di atas di dalam kitabnya yang terkenal Fath al-Bari Sharh Sahih al-bukhari, syarah paling bernilai bagi orang ‘Sunni’ bagi Sahih Bukhari, dia berkata: ‘Azhar’ bermaksud cerah dengan sentuhan kemerah-merahan.” Dia menambah: “ Frasa ‘cerah dengan sentuhan kemerah-merahan’ juga diriwayatkan oleh Anas dan dilaporkan oleh Muslim, Sa’id ibn Mansour, al-Tayalisi, al-Tirmidhi dan al-Hakim dengan autoriti daripada Ali (Selawat ke atasnya) yang berkata: ‘Nabi adalah cerah dengan sentuhan warna kemerah-merahan’. Ibn Sa’d juga meriwayatkan dengan autoriti daripada Ali dan Jaber, al-Bayhaqi melaporkan dengan autoriti daripada Ali dan di dalam Shama’il ia telah dilaporkan dengan autoriti Hind ibn Abi Halah bahawa baginda memiliki warna ‘Azhar’.”

Sebagai tambahan, alasan kenapa anak perempuan Nabi, Fatima al-Zahra (Selawat ke atasnya) digelar Zahra kerana dia menyerupai ayahnya di dalam penampilan. Al-Hakim melaporkan dengan autoriti Anas bin Malik:

Aku bertanya ibuku tentang Fatima, anak perempuan Nabi (SAWA). Dia berkata: “Dia umpama bulan penuh pada malam hari atau seperti matahari yang membelah awan-gemawan dan terus memancarkan sinarnya. Dia cerah dengan sentuhan warna kemerah-merahan pada wajahnya. Rambutnya hitam dan dia memiliki persamaan dengan Rasulullah (SAWA).
Mustadrak al-Hakim, Jilid 3, ms. 161

Ini juga dilaporkan oleh al-Zubaidi dalam kitabnya:

Zahra bermaksud seorang wanita dengan wajah bercahaya yang cerah dan sentuhan warna seperti ros.
Taj al-Arus min Jawaher al-Qamus, Jilid 3, ms. 250)

Setakat ini, kita telah dapat tahu bahawa kata sifat ‘Uhaimer’ atau ‘Humaira’ bukanlah digunapakai secara meluas oleh orang-orang Arab bagi menggambarkan ‘kompleksi kemerah-merahan seperti ros’. Sebaliknya kata sifat ‘Azhar’ (bagi lelaki) dan ‘Zahra’ (bagi Wanita) secara berasingan digunakan. Kita juga dapat tahu sekiranya maksud sebenar bagi kata sifat ‘Humaira’ adalah ‘kompleksi kemerah-merahan seperti ros’ sepatutnya Nabi (SAWA) memanggilnya anak perempuannya dengan gelaran ‘Humaira’ kerana dia juga memiliki kompleksi kemerah-merahan seperti ros. Faktanya, ia telah diriwayatkan bahawa kebanyakan isteri Nabi juga berkulit cerah dan memiliki sentuhan warna seperti ros seperti Ummu Salama tetapi tidak ada seorang pun daripada mereka digelar ‘Humaira’ oleh Nabi atau sesiapa dikalangan Muslim. Hanya Aisha saja

Walaubagaimana pun, makna sebenar kata sifat ‘Humaira’ didefinisikan sebagai berikut: Telah dilaporkan di dalam Lisan al-Arab oleh Ibn Manthour dan Tahthib al-Lugha oleh al-Azhari:

Seburuk-buruk Wanita adalah ‘al-Suwayda al-Mimradh’ (yang kulitnya berubah warna kerana masalah kesihatan yang berterusan) dan ‘al-Humaira al-Mihyadh’ (yang kulitnya berubah warna kerana kesan pendarahan haid yang berterusan).
Ia juga dilaporkan oleh Ibn Hayan al-Tawhidi di dalam al-Basa’ir wal Thakh’ir, Jilid 57 dan al-Zamakhshari di dalam Rabi’ al-abrar, Jilid 1, ms. 461.

Oleh itu, orang-orang Arab lebih menggelar wanita yang mengalami masalah menstruasi berpanjangan sebagai ‘Humaira’, dan kerana kurangnya bahan-bahan yang boleh menyerap pada ketika itu, darah yang menitis keluar seringkali membasahi tubuhnya dan menyebabkan kulitnya bertukar warna. Inilah yang menerangkan alasan kenapa kita mendapati Nabi (SAWA) di dalam beberapa riwayat menyifatkan Aisha sebagai “Ya Humaira al-Saqain”. Perkataan ‘Saaq’ di dalam Bahasa Arab bermaksud kaki.

Sebagai tambahan, apa yang menolak kemungkinan bahawa Nabi (SAWA) menggambarkan Aisha dengan ‘Humaira’ sebagai bentuk pujian, adalah kenyataan Ibn al-Qayyim:

Setiap hadis yang menyatakan perkataan ‘Humaira’ atau simpulan bahasa ‘Ya Humaira’ adalah batil dan satu pembohongan.
Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da’if oleh Ibn al-Qayyim, ms. 60

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib