Siapakah yang mengumpulkan Al Quran yang berada di tangan kita?

Siapakah yang mengumpulkan Al Quran yang berada di tangan kita?

Siapakah yang mengumpulkan Al Quran yang berada di tangan kita? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

  1. Siapakah yang mengumpulkan Al Quran yang berada di tangan kita?
  2. Adakah terdapat sebarang Surah atau Ayaat yang telah hilang?
  3. Sekiranya tidak ada mana-mana Ayaat yang hilang, adakah terdapat mana-mana Ayaat yang diletakkan di tempat yang salah di dalam Al Quran sekarang?
  4. Adakah Imam Ali mengumpulkan Quran yang lain? Sekiranya ya, adakah ini bermakna Quran tidak dikumpulkan pada hayat Nabi? Tetapi setelah khalifah-khalifah selepasnya, dan ia menyebabkan sebilangan Ayaat diletakkan di tempat yang salah?
  5. Adakah Imam Ali yang memberikan tanda baca pada Quran? Sekiranya ia bukan daripada Imam Ali dan dilakukan pada zaman Muawiya, bukankah ini bermakna Quran telah berubah, atau bukankah ini dinamakan “perubahan pada Quran” yang dilakukan oleh seseorang yang tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian?

Nouh


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

A1. Nabi yang mulia (SAWA) adalah orang yang mengumpulkan Quran yang berada pada kita sekarang, pada zamannya. Sekiranya Quran tidak dikumpulkan pada masa keberadaan Nabi (SAWA) ia tidak mungkin dipanggil “Quran”. Ini kerana perkataan “Quran” hanya boleh digunakan pada teks yang dikompilasikan; maka ia dinamakan “Quran’ kerana ia mengkompilasikan surah-surah yang berbeza di dalamnya.

A2. Al-Quran yang dimiliki oleh orang-orang Islam pada hari ini adalah Quran yang sama yang diwahyukan kepada Nabi (SAWA). Tidak ada sebarang penambahan perkataan atau huruf mahupun pengurangannya.

A3. Susunan ayat-ayat dan surah-surah di dalam Al-Quran yang suci adalah betul. Walaubagaimana pun, apa yang mungkin tidak betul adalah penomboran ayat-ayatnya. Kalimah “Basmalah” adalah ayat yang tersendiri bagi setiap Surah; ia bukanlah ayat yang ditambah dan bukan juga ayat pertama bagi setiap Surah. Dan juga, Sheikh al-Habib merasakan al-Dhuha dan al-Sharh sebenarnya adalah satu Surah, begitu juga al-Fil dan Quraisy adalah satu Surah; setelah kajian yang mendalam.

A4. TAl-Quran yang dikompilasikan oleh Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) mempunyai dua ciri tambahan pada Quran yang dikompilasikan pada zaman Nabu (SAWA). Pertama, ia mempunyai ayat-ayat yang disusun mengikut kronologi. Ini membolehkan kita memahami ayat-ayat Quran dan mendeduksikan hukum-hukum daripadanya dengan lebih mudah. Ciri kedua adalah ia mendokumenkan komentar-komentar yang melatari setiap ayat yang juga diwahyukan kepada Nabi (SAWA). Ini bagi mengelakkan salah tafsiran kepada ayat-ayat tersebut.

A5. Anak didik Amirul Mukminin yang bernama Abul Aswad al-Du’ali adalah orang pertama yang meletakkan tanda titik yang dikenali sebagai “Tanqit” dan tanda vowel dikenali sebagai “Tashkeel” pada huruf-huruf Arab. Dia diarah dan diajarkan oleh Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) sendiri. Ibn Hajar, sebagai contoh, berkata di dalam biografi Abul Aswad:

Diriwayatkan oleh al-Mubarad: Orang pertama yang meletakkan tanda titik pada Mushaf-mushaf adalah Abul Aswad. Apabila dia ditanya: Siapakah yang mengajarkan cara ini kepada kamu? Dia berkata: Aku telah diajarkan oleh Ali Bin Abu Talib.
al-Isaba oleh Ibn Hajar, Jilid 03, ms. 456)

Juga, Abu Hilal al-Askari berkata

Abul Aswad adalah orang pertama yang meletakkan tanda titik pada Mushaf.
al-Awa’il, oleh al-Askari, Jilid 01, ms. 130

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib