Benarkah orang-orang Syiah menganggap Karbala lebih mulia berbanding Makkah dan juga Haji?

Benarkah orang-orang Syiah menganggap Karbala lebih mulia berbanding Makkah dan juga Haji?

Benarkah orang-orang Syiah menganggap Karbala lebih mulia berbanding Makkah dan juga Haji? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

saya adalah seorang Sunni, Namun, seperti yang anda sedia maklum, terdapat banyak suara yang menentang aliran pemikiran kamu seperti juga berlaku dalam aliran pemikiran kami.

Apa yang saya dengar daripada sebahagian Ahlul Sunnah adalah kamu melebihkan kota Karbala berbanding Makkah; dan juga, sebahagian daripada mereka berkata bahawa kamu mengerjakan haji di sana dan melakukannya di kuburan dan kamu menganggap pahalanya lebih besar berbanding haji, adakah ini benar? Apakah buktinya? Demi Allah, saya rasa ragu dengan tohmahan-tohmahan ini; dan sekiranya ia dianggap sebagai haji, maka apakah tujuan yang ingin dicapai untuk itu? Saya sangat ingin sekali mendengarkan jawapan daripada anda bukan daripada selainnya.


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Telah diriwayatkan oleh para Imam al-Thahirah dari zuriat Nabi yang terpilih (SAWA) bahawa tanah suci Karbala sememangnya lebih tinggi berbanding tanah mulia Makkah dan kerana itulah Karbala lebih bernilai berbanding mana-mana tempat lain di dunia. Selain daripada itu juga, ia adalah tanah yang terbaik di Jannah. Dan ini telah diriwayatkan didalam banyak riwayat-riwayat yang mustafid [1]

Dan sekiranya mereka masih menentang kami, dan masih juga berdegil dan berusaha untuk menolak hadis-hadis daripada Ahlul-Bayt (Selawat keatas mereka), ternyata ia juga terdapat (bahawa mereka juga sama melebihkan tempat-tempat lain selain Makkah) di dalam sumber-sumber dan kenyataan-kenyataan daripada Imam-imam dan ulama-ulama mereka. Seperti yang terdapat disini:

Bukhari meriwayatkan daripada Rafi’ Bin Khudayj daripada Rasulullah (SAW), Baginda berkata:

Al-Madinah lebih baik daripada Mekkah
Al-Tarikh al-Kabir oleh Bukhari, Jilid 1 ms.160) dan Tabarani juga meriwayatkan yang sama didalam Al-Mu’jamul Kabir, Jild 4, ms.288.

Dan atas sebab ini, Umar bin Al-Khattab dan Malik bin Anas, Imam mazhab Maliki dan ulama-ulama Madinah pernah beranggapan sedemikian.(Madinah lebih baik daripada Mekkah.

Al-Manawi berkata:

Al-Manawi berkata: “Al-Madinah lebih baik daripada Mekah kerana ia adalah tempat suci Baginda Rasulullah (SAW) dan tempat turunnya wahyu dan selamanya menjadi tempat yang diberkati kerana ia tempat berkembangnya agama Islam dan diperkukuh dan dimana hukum-hukumnya dipraktikkan dan bumi dimana perkara-perkara fardu diwahyukan.” Atas sebab itu, mereka berpegang dengan pendapat bahawa Madinah melebihi Makkah dan ini adalah pendapat Umar, Malik dan kebanyakan orang-orang di Madinah
Faydul Qadīr by Al-Manāwī, v.6, p.343

Ibn Kathir berkata:

Imam Malik dan sahabat-sahabatnya lebih cenderung dengan pendapat Madinah lebih baik daripada Masjidil Haram, kerana Masjidil Haram dibina oleh Nabi Ibrahim manakala Madinah dibina oleh Nabi Muhammad dan ianya jelas bahawa Muhammad (SAW) lebih baik daripada Ibrahim (AS)
Al-Bidayah wan-Nihayah oleh Ibn Kathir, Jilid 3, ms.267

Dan antara para ilmuan daripada kalangan penentang kami yang melebihkan Ka’abah berbanding Madinah juga memberikan pengecualian bila ianya sampai kepada makam Nabi dan mengatakan ia lebih baik berbanding Kaabah yang suci dan ia mencapai ijma’ dikalangan mereka. Dan sebahagian mereka malah lebih memberikan penghormatan kepada kuburan Nabi melebihi arasy Allah!

Al-Manawi berkata:

Terdapat persetujuan bahawa Ka’abah lebih baik berbanding Madinah kecuali tempat terkandungnya bahagian tubuh Nabi (SAW) yang menunjukkan tempat itu lebih baik berbanding Ka’abah sekalipun; ia mencapai pandangan ijma’ oleh majoriti.
Faydul Qadir, Jilid 6, ms.343

Ibn Abidin pula berkata:

Apa yang terkandung didalamnya tubuh suci Nabi, adalah lebih mulia daripada seluruh muka bumi ini dengan ijma
Hashiya rad al-muhtar oleh Ibn Abidin, Jilid 2, ms.343

Dan Al-Hafsaki:

Apa yang terkandung didalamnya anggota tubuh (para anbia’) adalah lebih baik daripada seluruh muka bumi ini, meskipun Ka’abah, Arsy dan Kursi,
Al-Dar al-Mukhtar oleh Al-Hasfaki, Jilid 2, ms.688

Atas sebab ini, pihak yang menentang kami berkata bahawa bersolat dan beribadat di dalam masjid suci Nabi lebih besar pahalanya berbanding Masjidil Haram.

Al-Dasuqi berkata:

Dan apabila Madinah dianggap lebih mulia, maka pahala yang menanti sekiranya seseorang melakukan solat dan iktikaf di dalam masjid itu lebih besar berbanding jika ia dilakukan di dalam masjid di Mekkah,
Hashiya Al-Dasuqi ala al-Sharh al Kabir, Jilid 2, ms.173

Atas alasan ini tanah suci Madinah lebih mulia berbanding kota suci Mekah manakala masjidil Nabi yang suci lebih baik daripada Ka’abah yang mulia kerana ia terkandung tubuh suci Nabi (SAWA) dan inilah standard yang digunakan dalam menentukan kemuliaan tersebut. Kami dapati standard yang telah digunakan oleh orang-orang ini adalah disebabkan penghormatan mereka ke atas sosok tubuh nabi; maka itu, hukum yang sama juga diberikan (kepada manusia seterusnya dengan kedudukan ini) dan kami mendapati hukum suci ini telah dinyatakan sendiri oleh Nabi:

Hussein adalah dariku dan aku dari Hussien
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Tarikhul Kabir, Jilid 8, ms.415 dan Al-Tirmidhi di dalam Sunan, Jilid 5, ms.658 dan Ahmad di dalam Musnad, Jilid 4, ms.172 dan banyak lagi telah mentahqiqkannya seperti Al-Albani dalam Silsila al-Sahihah No.1227

Dengan pembuktian hadis ini, dapat kita fahami bahawa hukum Ilahi telah menjadikan status mereka sama. Oleh itu, setiap status yang dimiliki oleh nabi, juga terpakai ke atas cucundanya dan juga seterusnya kecuali ciri-ciri spesifik yang termaktub hanya untuk nabi [2] Oleh demikian, standard ‘kelebihan’ dipakai antara keduanya (Rasulullah dan Hussein) yang bermaksud dimana Hussien dimakamkan, status ketinggiannya sama seperti tempat dimana datuknya bersemadi. Dan kuburan dimana terdapatnya sosok tubuh Al-Hussien, mempunyai status yang sama dengan status suci kuburan datuknya yang bersemadi sosok suci Nabi.

Dengan kerana itu, pemutusannya adalah tanah suci Karbala adalah sama seperti tanah suci Madinah: yang lebih mulia daripada Mekah. Tempat suci persemadian Al-Hussien sama seperti kemuliaan tempat persemadian nabi yang melebihi Kaabah yang mulia. Lebih-lebih lagi, telah dilaporkan berkenaan kemuliaan seorang mukmin pada pandangan Allah, lebih mulia berbanding Ka’abah.

Dalam riwayat daripada Abdullah bin Umar, dia berkata:

Aku pernah melihat Rasulullah (ﷺ) mengelilingi Ka’abah sambil berkata: ‘Betapa bagusnya kamu dan betapa wanginya haruman mu; bermaksud betapa hebatnya kamu dan betapa tingginya kemuliaanmu. Demi Tuhan yang didalam genggamannya jiwa Muhammad, kemuliaan seorang mukmin itu lebih besar dihadapan Allah berbanding kemuliaan-mu, darahnya, hartanya dan akalnya, semuanya adalah baik disisi-Nya.
Sunan Ibn Majah, Jilid 2, ms.1297

Dan apabila ia dibawakan kepada kamu, kamu perlu tahu bahawa mereka yang meremehkan kepercayaan Syiah Ahlul-Bayt (Selawat keatas mereka) berkaitan kemuliaan Karbala, mereka yang sama juga bersikap talam dua muka apabila khalifah mereka Umar, imam mereka Malik dan ulama-ulama mereka yang melebihkan Al-Madinah berbanding Makkah, malah, penghormatan mereka sehinggakan sampai kepada tahap kuburan Nabi Muhammad itu lebih mulia berbanding Arasy Allah dan Kursi-Nya! Dan dengan ini, kamu dapati mereka cuba menutup mata tentang perkara ini sebaliknya hanya melemparkan panah dan asyik menyerang syiah sahaja!

Dan mereka memberikan ilusi kepada orang-orang awam bahawa hanya orang-orang Syiah yang percaya beberapa tempat mempunyai kemuliaan berbanding Makkah, tidak ada orang lain pun yang memiliki kepercayaan sedemikian. Tetapi agak pelik, mengapa para Nawasib tidak menyalahkan Khalifah mereka Umar, dan Imam Malik mereka dan menolak mereka yang cenderung dengan kepercayaan tentang Makkah tidak termasuk dalam dikalangan tempat yang mempunyai kemuliaan yang tertinggi? Dan tidak pula menuduh mereka terpesong dan menyimpang?!

Syiah percaya keperluan memelihara kemuliaan kota suci Makkah dan menganggap ia tanah suci Allah (Maha Tinggi kedudukannya) dan antara tempat yang paling suci dan dimuliakan dimuka bumi ini. Dan Ka’abah merupakan Qiblah bagi manusia bersolat dan kami tidak pernah mengubah (arah kiblat) kepada sesuatu yang lain. Dan Haji mereka dilakukan di sana setiap tahun dan ia tidak dibenarkan untuk dilakukan di tempat yang lain selain daripadanya. Terdapat juga sebilangan riwayat daripada Imam-imam AhlulBayt yang menjelaskan tentang kedudukan istimewa Makkah dan kemuliaannya.

Antara hadis tersebut salah satunya daripada Imam Baqir (Selawat ke atasnya) daripada Maysir bin Abdul Aziz yang berkata:

Aku bersama dengan Abi Jafar (Selawat keatasnya) dan Beliau berada di dalam sebuah khemah yang terdapat lima puluh lelaki, Beliau duduk setelah kami berdiam agak lama dan berkata: “Kenapakah? Barangkali kamu nampak aku seperti Baginda Rasulullah? Demi Allah aku bukanlah Baginda, tetapi aku mempunyai kekerabatan dengan Rasulullah dan nasab (mungkin bermaksud daripada nasabnya), maka sesiapa yang sampai kepada kami bererti sampai kepada Allah, dan sesiapa yang mencintai kami maka Allah akan mencintainya, sesiapa pula yang membenci kami, Allah akan membencinya. Adakah kamu tahu tanah yang mempunyai nilai pada pandangan Allah sebagai tempat-Nya?” Tiada antara kami yang berkata-kata. Maka, beliau menjawabnya sendiri dan berkata: “Ia adalah Makkah dimana Allah memilih sebagai tempat suci-Nya, dan menjadikan ia rumah-Nya.” Beliau menyambung: “Tahukah kamu di mana tanah yang mempunyai nilai pada pandangan Allah yang mempunyai keberkahan padanya?” Tiada antara kami yang berkata-kata. Maka dia sendiri menjawab dan berkata: “Ia adalah Masjidil Haram.” Dia lalu berkata lagi, “Tahukah kamu bahagian mana kah di dalam Masjidil Haram yang memiliki segala keutamaan pada pandangan Allah?” Tiada sesiapa diantara kami yang berkata-kata. Maka beliau sendiri menjawab dan berkata: “Ia adalah diantara Hajarul Aswad dengan Makam dan pintu Ka’abah, dan di situ lah letaknya batu Ismail (Selawat keatasnya). Di situlah, dia memohon ampun dan mengadukan kekesalannya, dan Demi Allah, sekiranya seseorang hamba bersesak-sesak meletakkan kakinya ditempat itu berdoa daripada malam hingga ke siang, dan berpuasa sepanjang hari sehingga datangnya malam kepadanya sementara dia tidak mengakui hak dan wilayah kami (Ahlul-Bayt), Allah tidak akan sekali-kali mengampunkannya.
Thawabul Amal oleh Sheikh Saduq, ms.245

Bagi yang bukan syiah dan menamakan diri mereka Ahlus Sunnah wal Jama’, kami dapati mereka pernah membedil Kaabah yang suci dengan meriam (batu) dan membakarnya dengan api serta memusnahkannya justeru mencemarkan kesuciannya!

Al-Tabari berkata:

Ibn Zubayr bertahan dan memerangi mereka sehingga malam, dan kemudiannya mereka melarikan diri daripadanya dan ia berlaku pengepungan yang pertama. Mereka kemudian bangkit kembali menentangnya pada hari-hari akhir Muharram dan Safar sehingga melepasi tiga hari di bulan Rabiul Awal pada hari Sabtu tahun 46 selepas Hijrah dan mereka menyerang semula rumah Allah yang mulia itu dengan Meriam dan membakarnya dengan api
Tarikh al-Tabari, Jilid 4, ms.383

Dan Al-Mas’udi berkata:

Kemudian batu-batu kecil dan bongkah-bongkah batu yang lebih besar dilemparkan ke atas rumah Allah dan batu-batu tersebut dinyalakan api dengan dibaluti oleh kain yang dicurahkan minyak dan bahan-bahan yang lain.
Tarikh Al-Mas’udi, Jilid 1, ms.379

Dan Suyuti berkata: “Dan setelah Yazid melakukan apa yang telah dilakukannya di Madinah, Yazid pun minum arak dan melakukan perkara-perkara tidak bermoral, orang-orang lalu mula membencinya dan bangkit menentangnya sekali lagi. Allah tidak akan merahmati kehidupannya dan apabila gerombolan tentera Harrah menghala ke arah Makkah untuk membunuh Zubayr, ketua pasukannya meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan ketua yang baru dilantik untuk mereka. Mereka datang ke Makkah dan mengepung Ibn Zubayr dan melawannya dengan melemparkan batu kepadanya dan ia berlaku pada tahun 64 dalam bulan Safar selepas Hijrah. Kelambu Ka’abah terbakar akibat percikan api dan juga tanduk Qibas yang pernah dikorbankan bagi menggantikan Ishmael yang diletakkan di atas siling (Kaabah).
Suyuti, Tarikh al-Khulafah, Jilid 1, ms.182

Kami juga mendapati mereka yang mengaku mengamalkan agama samawi dikalangan Ahlu Sunnah wal Jama’a mengerjakan Haji di tempat lain selain Makkah! Pada kurun-kurun akhir, mereka cuba mengerjakan haji di Qubah al-Sakhra di Jerusalem dengan mengelilinginya, mengerjakan Sa’i, mencukur kepala dan menyembelih binatang!

Ibn Kathir berkata:

Dan ini sampai kepada Abdul Malik menyebabkannya melarang orang-orang daripada mengerjakan Haji di sana lalu dia membuat onar. Dia lalu membina kubah di atas batu dan Masjidil Al-Aqsa agar memuaskan hati mereka agar mereka tidak mengendahkan daripada mengerjakan Haji. Mereka perlu berdiri disekeliling batu tersebut lalu bertawaf seperti mana mereka perlu bertawaf mengelilingi Ka’bah dan mereka juga akan merayakan hari itu di sana dengan mencukur kepala
al-Bidayah wa Al-Nihayah oleh Ibn Kathir, Jilid 8, ms.308 daripada Sahib Miratuz-zaman

Bagi mereka yang menyebarkan berita palsu dan menuduh Syiah mengerjakan Haji di kota suci Karbala, ketahuilah ia hanya bertujuan menipu orang-orang yang naif dengan menggambarkan bahawa Syiah mengerjakan ibadah haji di Karbala! Padahal ia cumalah ziarah kepada cucunda Nabi dan buah hatinya iaitu Abi Abdillah (Selawat keatasnya), Ahlulbaytnya dan sahabat-sahabat Al-Hussein yang gugur syahid bersama-samanya. Tidak ada ihram, tawaf, sa’i , mencukur kepala, melempar jamrah mahupun menyembelih binatang dan sebagainya. Menziarahi Karbala hanyalah bentuk ziyarah dengan bersolat dua rakaat seperti mana orang-orang menziarahi Rasulullah dan solat sunat di perkarangan kuburannya yang mulia. Haji sememangnya berhubungan dengan maksud (ziarah) tetapi syiah tidak memberikan deskripsi ini pada ziarah-ziarah yang dilakukan di Karbala kerana istilah Haji, sekarang memiliki maksud hukum yang spesifik yang hanya boleh dilakukan di Makkah yang juga mempunyai ritual-ritual dan bacaan-bacaan tertentu yang unik.[3]

Dan penipuan-penipuan Nawasib telah mencapai tahap dimana mereka membuat dakwaan palsu mengatakan syiah membina Ka’abah yang lain di Karbala! Dan bagi tujuan itu, mereka menggunakan gambar dalam satu sambutan memperingati hari kelahiran Amirul Mukminin apabila orang-orang di Karbala membuat replika model Ka’abah bagi mengenang Amirul Mukminin pernah dilahirkan di dalamnya. Sama lah kiranya dengan orang-orang sunni membuat replika kubah hijau Masjidil Nabi pada hari kelahirannya atau bagaimana mereka membina model-model lain yang mewakili kubah-kubah para Imam seperti mana yang dilakukan di seluruh dunia bersempena hari kelahiran mereka yang diberkati. Hiasan-hiasan majlis yang indah ini kebiasaanya diletakkan di tempat platform sambutan atau pentas bagi tujuan mencantikkannya dan kemudian, ia akan dibuka semula setelah habis acara-acara tersebut. Walaubagaimana pun, orang-orang Najdi (pengikut-pengikut Muhammad ibn Abdul-Wahab), Nawasib dan mereka yang mempunyai hati yang kotor mengambil kesempatan menggunakan gambar-gambar ini yang diambil daripada sambutan-sambutan tersebut lalu disebarkan ke seluruh dunia Islam dengan mengatakan syiah membina Ka’bah lain di Karbala bagi mengelakkan manusia daripada mengerjakan Haji di Makkah! Semoga Allah menyelesaikan mereka!

Berkenaan isu berkaitan pahala menziarahi Imam Hussein, ia memang benar, hadis-hadis yang mengesahkannya telah disampaikan oleh Ahlul-Bayt (Selawat keatas mereka) yang mengatakan Ziyarah Imam Hussein memiliki keutamaan menyamai 1000 Haji yang mabrur dan sebagainya. Dan antara hadis mulia yang meriwayatkannya adalah daripada Imam Ja’far bin Muhammad Al-Sadiq yang berkata:

Sesiapa yang menziarahi kuburan Hussein, Allah yang Maha Tinggi akan mencatat baginya pahala seribu Haji yang mabrur dan seribu Umrah dan akan mengabulkan permintaan untuk keperluan dunia dan akhiratnya bagi mereka yang menziarahi Imam Hussain pada 15 Shaban, pada Eid Fitr dan juga Hari Arafah dalam tahun tersebut.
Wasailus Shiah, Jilid 14, ms.476

Dan bagi maksud di atas tidak bermakna seseorang termansuh daripada kewajipan mengerjakan ibadah Haji di mekah sekiranya mereka telah melakukan Ziyarah Imam Hussien! Tidak pula Ziyarah yang dilakukannya bermakna dia telah melakukan amalan dan ritual bagi Haji! Sebaliknya ia bermakna apabila sesorang mukmin melakukan perkara mustahab ini iaitu Ziyarah Imam Hussein, maka Allah yang Maha Tinggi akan menuliskan baginya pahala yang setara dengan pahala seribu Haji dan seribu Umrah, dan ia adalah bentuk kepemurahan, kebaikan dan pertolongan daripada Allah yang Maha Tinggi kedudukannya.

Dan hadis-hadis yang sama juga telah diriwayatkan didalam sumber-sumber kami dan sumber-sumber pihak yang menentang juga dalam ibadat yang lain. Telah diriwayatkan oleh Nabi:

Memulangkan duit yang diperolehi daripada perbuatan haram dalam pandangan Allah menyamai ibadah 70,000 jemaah Haji.”

Di dalam sumber kami: Al-D’awat oleh Marwandi ms.25 dan dari sumber merekaAl-Ansab oleh Al-Samani, Jilid 4, ms.87. .

Oleh demikian, Allah yang Maha Tinggi mewajibkan sesetengah perbuatan dan sesetengahnya pula sebagai anjuran yang memiliki keutamaan yang tinggi dan Allah juga boleh memberikan kepada sesiapa saja yang dia kehendaki tanpa sebarang hisab.

Pejabat Syeikh al-Habib


  • [1] Hadis Al-Mustafid (Arab: المُستَفیض) adalah sejenis riwayat dengan sekurang-kurangnya tiga perawi dalam setiap tahap periwayatan.
  • [2] Seperti Nabi adalah lebih tinggi kemuliannya berbanding manusia seluruhnya kerana dia adalah Penutup para Rasul atau mencapai maqam tertinggi semasa mi’raj yang tidak ada manusia lain yang dimuliakan sepertinya.
  • [3] Haji dalam istilah Bahasa mungkin hanya bermaksud niat untuk menziarahi atau pergi menunaikan ibadah haji menurut Kamus Bahasa Arab. Walaubagaimanapun, para ulama membicarakan konsep bahasa syar’i yang terperinci bermaksud mereka memperhalusi bagaimana istilah-istilah megalami perubahan pada waktu Nabi dan para Imam. Sebagai contoh, Solah, mungkin bermaksud sebarang bentuk sembahan atau doa dari sudut bahasa tetapi kemudian tetapi kemudiannya berubah kepada maksud yang khusus pada waktu Nabi dan para Imam (Selawat ke atas mereka). Apabila seseorang mendengar istilah ‘Solah’ mereka akan berfikir suatu bentuk sembahan khusus yang dilaksanakan setiap hari oleh orang-orang Islam. Ini sama dengan bagaimana Haji berubah dan mendapat maksud yang khusus iaitu seseorang yang mengerjakan ibadah ziarahan ke kota suci Makkah.

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib