Pernahkah Nabi melakukan penderaan terhadap sesiapa yang menentangnya?

Pernahkah Nabi melakukan penderaan terhadap sesiapa yang menentangnya?

Pernahkah Nabi melakukan penderaan terhadap sesiapa yang menentangnya? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Saya pernah menonton salah satu video kamu di mana kamu menyebutkan tentang hadis daripada Anas bin Malik (Semoga Allah mengutuknya) mengatakan Nabi Muhammad (SAWA) memotong tangan dan kaki pesalah dan memaku mata mereka. Orang-orang bukan Islam yang menentang Islam sering menggunakan hadis-hadis sebegini kerana mereka ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Nabi Muhammad (SAWA) adalah seorang yang kejam (Aku berlindung kepada Allah daripada mengatakan ini).

Saya terjumpa satu hadis didalam Al-Kafi yang mengatakan perkara yang sama; contohnya, ia mengatakan Nabi (SAWA) melaksanakan hukuman ke atas pesalah dengan memotong tangan dan kaki mereka. Adakah kamu menerima hadis ini, wahai Sheikh? Kerana ramai orang-orang Bakri akan mengatakan

bagaimana kamu ingin berhujah menggunakan hadis-hadis didalam kitab kami untuk menentang kami sedangkan riwayat kamu juga mempunyai riwayat Nabi (SAWA) memotong tangan dan kaki pesalah?’

Orang-orang Kristian dan Yahudi yang memusuhi Islam pula akan berkata:

Bagaimanakah Nabi kamu merupakan Nabi yang membawa rahmat sedangkan dia memotong tangan dan kaki pesalah; bukankah cara hukuman begini juga suatu perbuatan yang kejam?!

Saya mempelajari syariah Islam berkenaan Hudud wahai Sheikh, Saya ingin mencari jawapan terbaik untuk berdiskusi dengan orang-orang bukan Islam kerana hadis-hadis ini ada diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan ia digunakan untuk menentang kita.

Terima kasih.


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Ada perbezaan antara melakukan kekejaman dengan hukum hudud yang telah ditetapkan didalam islam. Yang pertama itu kami tolak tetapi bukan yang kedua. Alasannya, kami mengatakan bahawa Nabi tidak pernah memaku mata pesalah kerana ini adalah satu bentuk kekejaman yang tidak dapat diterima. Berkenaan memotong tangan dan kaki pesalah –ini benar- ini adalah hukuman yang telah disebutkan didalam kitab Allah, dan tujuan hukum hudud adalah untuk tindakan pencegahan. Yang menjadi masalah adalah terdapat ramai orang yang tidak memberikan perhatian kepada tujuan ini. Relativiti pencegahan adalah berdasarkan situasi, keadaan masyarakat dan krisis yang mereka hadapi; apa yang mungkin dilakukan untuk pencegahan bagi satu-satu masyarakat mungkin tindakan pencegahan itu tidak memberikan pencegahan yang sama kepada yang lain, dan apa yang menjadi pencegahan pada hari ini mungkin tidak lagi menjadi pencegahan pada masa yang lain, begitu juga selanjutnya.

Bagi masyarakat yang relatifnya mudah seperti kehidupan di sebuah pulau dalam gugusan pulau-pulau yang tenang, hukuman berbentuk kewangan mungkin memadai untuk mencegah penularan dan pengembangan jenayah. Dalam masyarakat yang lebih kompleks pula huru-hara akan berlaku dan jenayah lebih mudah merebak, hukuman seperti itu tidak memungkinkannya dan harus diperketatkan untuk pencegahan. Oleh itu, di Iceland contohnya hukuman mati mungkin tidak perlu tetapi bagi negara seperti Somalia, agak bodoh jika kita berfikir bahawa jenayah dapat dihentikan di sana tanpa suatu bentuk hukuman pencegahan yang lebih keras seperti hukuman pancung.

Kadangkala, hukuman pancung juga tidak cukup bagi tujuan pencegahan seperti mana yang kita lihat pada hari ini. Kita melihat bahawa hukuman ini tidak cukup bagi membendung manusia-manusia barbar (tidak bertamadun) daripada menyertai ISIS kerana mereka berjuang sehingga mati atau melakukan misi-misi bom bunuh diri dan mereka tidak kisah sekiranya mati dalam keadaan begitu sama ada mereka ditembak di kepala, digantung atau diberikan renjatan elektrik. Kerana itu, perlu ada satu jenis hukuman mati yang bertindak bagi mencegahnya. Ia memungkinkan bentuk hukuman dilaksanakan seperti memotong tangan dan kaki supaya manusia-mausia barbar ini dapat dicegah dan dihalang daripada menyertai ISIS.

Secara umumnya, sekiranya kita tidak dapat menentukan tindakan pencegahan yang mencukupi untuk jenayah-jenayah yang serius dan berbahaya, ia merupaka satu ancaman besar kepada kemanusiaan, khususnya jika ia boleh berubah kepada kesan yang berpanjangan dan fenomena keganasan yang lebih berat. Jika kita mengandaikan bahawa dengan melaksanakan (hukum hudud) kita akan dapat menyelamatkan ribuan lagi nyawa orang-orang yang tidak bersalah dengan kesan kesakitan sebagai ganti yang hanya melibatkan segolongan kecil orang yang sememangnya bersalah, akal seseorang sepatutnya dapat menerima. Jika tidak, dapatkah kemanusiaan dikekalkan apabila kita gagal untuk membendung pengganas dan penjenayah dengan alasan kita tidak tidak mahu mendatangkan kecederaan kepada mereka?! Adakah kemanusiaan akan membiarkan penderitaan ribuan lagi manusia-manusia yang tidak bersalah, dengan alasan kita tidak mahu pengganas-pengganas daripada dihukum?!

Nabi yang mulia (Selawat ke atasnya dan keluarganya) hidup dalam persekitaran masyarakat yang didominasi oleh keganasan, jenayah, kepincangan dan huru-hara. Baginda telah melakukan segalanya didalam kemampuannya untuk mengubahnya kepada suasana kehidupan yang lebih selamat dan damai dengan dukungan syariat. Matlamat ini tidak dapat dicapai tanpa melaksanakan hukuman-hukuman yang lebih berat. Namun begitu, Rasulullah (Selawat ke atasnya dan keluarganya) sering saja memaafkan penjenayah tetapi dengan kerangka al-hikmah, iaitu dengan harapan jenayah-jenayah mereka secara psikologinya akan dapat dihentikan buat sementara. Pembunuhan Arenin –sekiranya benar- adalah pelaksanaan hukum hudud yang perlu, itulah yang perlu dilakukan untuk pencegahan. Telah diriwayatkan bahawa mereka telah melakukan penderaan terhadap orang-orang Islam, terdapat juga riwayat-riwayat bahawa mereka melakukan penderaan terhadap pengembala-pengembala kambing dikalangan muslim dengan cara yang sama: memotong tangan dan kaki mereka. Ini adalah bentuk jenayah yang sangat hina apabila mereka membalas budi baik yang dicurahkan kepada mereka dengan kekerasan seperti itu dan juga seperti menggigit tangan yang telah menghulurkan bantuan kepada mereka.

Hukuman seperti memotong tangan dan kaki pada waktu itu sangat perlu untuk memberikan iktibar jenayah-jenayah ini kepada masyarakat dan persekitaran tempat mereka hidup lebih-lebih lagi jika ia adalah hukuman yang setimpal dengan jenayah yang telah mereka lakukan. Walaubagaimanapun, berkenaan dengan membutakan mata pesalah dengan memakunya, sekalipun jika ia dalam situasi yang disebutkan, ia tidak dapat diterima sama sekali dan hanya layak dikatakan sebagai kekejaman yang melampau. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa Rasulullah (SAWA) bukan hendak mencegah jenayah malah sekadar ingin melakukan penderaan. Sudah tentu Baginda tidak begitu dan kerana itulah para Imam (Selawat ke atas mereka) telah mencabut imej yang salah ini daripada Baginda.

Kami mengatakan semua ini adalah berdasarkan kebolehpercayaan hadis berkaitan perkara ini. Sebaliknya, perbincangan dari pihak kami daripada hadis-hadis kami begitu luas kerana ia pada asalnya diambil daripada Aban Ibn Othman di dalam Al-Maghazi dan apa yang diriwayatkan olehnya daripada Abu Saleh daripada Ibn Abbas dan apa yang diriwayatkannya daripada Abu Saleh daripada Abu Abdillah al-Sadiq (Selawat ke atasnya). Jika kita kembali kepada sumber lawan, kami mendapati hadis ini diriwayatkan daripada Ibnu Abbas seperti didalam Kitab Nil al-Awtar oleh Shawkani, Jilid 7 ms 197. Oleh itu, jika diambilkira terdapat kekeliruan antara individu bernama Abu Saleh Bazan yang meriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan Abu Saleh Al-Ajlan yang meriwayatkan daripada Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya). Perkara seperti ini banyak berlaku pada kitab-kitab lama dan puncanya tidak diketahui.

Lagipun, hadis sebegini lebih banyak diriwayatkan didalam hadis-hadis ‘Sunni’ dan temanya berkisar pada Anas Bin Malik, ia tidak kuat untuk membatalkan hadis-hadis syiah yang diriwayatkan oleh al-Saduq dengan jalur-jalur perawinya yang berakhir dengan Imam al-Baqir (Selawat ke atasnya) yang menolak Anas dan menafikan bahawa Rasulullah (SAWA) menghalalkan penderaan. Sekiranya terdapat hadis syiah yang merujuk kepada insiden Arenin atau Bani Dhubba, menolaknya adalah lebih tepat.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib