Adakah istilah ‘Rafida’ rekaan Zaid bin Ali?

Adakah istilah ‘Rafida’ rekaan Zaid bin Ali?

Adakah istilah ‘Rafida’ rekaan Zaid bin Ali? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Siapa yang memberikan istilah ‘Rafida? Adakah Zaid ibn Ali? Dan adakah benar dia pernah berbaik-baik dengan Abu Bakr dan Umar?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Dakwaan palsu sedemikian hanyalah berdasarkan kepada riwayat picisan dan lemah daripada apa yang dinamakan sebagai ‘Ahlul-Sunnah’ [1] diperolehi daripada ketetapan yang diputuskan secara sah oleh Mufti Mesir atau Dekan masjid Al-Azahar di Mesir. Walaubagaimana pun, jika kamu meneliti pada muka surat 11 dalam rujukan yang sama, kamu akan dapati bahawa orang yang menulis mukaddimah kitab yang yang menjadi rujukan kepada riwayat tersebut kesemuanya adalah sumber-sumber ‘Sunni’. Dia berkata:

Di dalam rujukan penulisan sejarah oleh AL Yafiaai, seorang ‘Sunni’, dia menyatakan bahawa: apabila Zaid hendak melakukan pemberontakan, sekumpulan orang mendekatinya dan berkata: ‘Kami akan menyertai kamu sekiranya kamu berlepas diri daripada Abu Bakr dan Omar.’ Maka, dia menjawab bahawa dia tidak akan berbuat demikian, maka mereka pula menjawab sebagai balasan: ‘Maka kami terpaksa meninggalkan anda.’ Zaid kemudian berkata: ‘Pergi kamu, kerana kamu Rafida.’ Kumpulan yang masih bersamanya dikenali sebagai Zaidi.
Musnad Zaid bin Ali, ms. 46.

Keadaan yang sebenarnya adalah, istilah ‘Rafida’ telah dikenali umum itu lama sebelum itu sebelum penulisan insiden yang dipusingkan itu berlaku. Ibn Al Aatham meriwayatkan bahawa

Muawiya telah menghantar surat kepada Amr ibn Al Aas (Semoga kemurkaan Allah ke atas mereka berdua), di mana pernyataan seperti berikut boleh didapati: “Rafida daripada Yaman, Basrah, Kufa dan Hejaz telah berkumpul bagi membantu Ali bin Abi Talib.
Al Futooh, oleh Ibn Aatham, Jilid. 2, ms. 382

Istilah Rafida telah digunakan untuk menggambarkan para pengikut Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) seperti yang dibuktikan melalui penggunaan istilah tersebut oleh Muawiya sendiri kira-kira 80 tahun sebelum penulisan yang dipusingkan itu yang mendakwa telah diriwayatkan oleh Zaid ibn Ali seperti yang dilaporkan di dalam dakwaan riwayat yang dibawakan pada awal tadi.

Fakta sebenarnya, penulisan Syiah yang dirujuk memperkatakan riwayat yang berbeza sama sekali berkenaan Zaid ibn Ali, dan sikap yang diambilnya terhadap orang-orang yang mencampur-adukkan iman mereka supaya setia kepada Ahlulbayt Nabi yang suci dan dalam masa yang sama mempunyai sikap yang cenderung kepada Abu Bakr dan Omar.

Di dalam Rijal al Kishi [4] kamu akan menemui riwayat ini:

Sudayr berkata bahawa dia bersama Salamah ibn Kuhail dan lain-lain telah pergi bersama-sama untuk menemui Muhammad al-Baqir (Selawat ke atasnya). Imam Muhammad al-Baqir (Selawat ke atasnya) sedang bersama dengan adiknya, Zaid ibn Ali. Sebahagian daripada mereka dalam pertemuan tersebut berkata kepada Zaid: ‘Kami setia kepada Ali, Hassan dan Hussain dan berlepas diri daripada musuh-musuh mereka. ‘Zaid berkata: ‘Bagus!’. Mereka lalu berkata lagi: ‘Tetapi kami juga setia kepada Abu Bakr dan Omar dan berlepas diri daripada musuh-musuh mereka. Zaid kemudian berpaling kepada mereka dan berkata: ‘Jadi kamu juga berlepas diri daripada Fatima? Kamu telah menjadikannya terpotong, Semoga Allah memotong-motong kamu.
Rijal Al Kishi, ms. 236.

Semenjak saat itu, mereka telah dikenali sebagai ‘Batriya’, kerana kata kerja ‘potong’ atau memendekkan di dalam Bahasa Arab adalah ‘Batara’. Oleh itu, istilah ‘Batriya’ bermaksud mereka yang mencampur-adukkan kesetiaan mereka kepada Ahlul Bayt Nabi (SAWA) bersama-sama dengan penerimaan dan pengiktirafan kepada musuh-musuh mereka seperti Abu Bakr, Omar dan gerombolan Saqeefa yang lain dan sesiapa juga yang merestuinya.

Pejabat Syeikh al-Habib


  • [1] Musnad Zaid bin Ali, page 46.

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib