SOALAN:
Adakah telah dilaporkan didalam mana-mana riwayat bahawa Abu Bakr, Omar dan Uthman pernah menghina, mencela dan melaknat Imam Ali (Selawat ke atasnya)
Mustafa
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Kami belum pernah menjumpai mana-mana ayat yang jelas daripada ketiga-tiga penzalim (Semoga laknat Allah ke atas mereka) yang mengandungi cercaan atau kata-kata laknat terhadap Ali, Amirul Mukminin (Selawat Allah ke atasnya) daripada sumber-sumber ‘Sunni’. Walaubagaimana pun, kami berpegang pada kata-kata Abu Bakr (Laknat Allah ke atasnya) dimana dia menyamakan wanita suci Sayyida Fatima al-Zahra (Selawat ke atasnya) seperti Umm Tuhal – sangat tidak layak tohmahan begitu kepadanya. Umm Tuhal adalah seorang wanita arab di zaman jahiliyah yang dikenali dengan pelbagai kegiatan pelacuran.
Al-Jawhary berkata:
Apabila kata-kata itu sampai kepada Abu Bakr, ia begitu mengguris perasaannya. Maka dia naik ke atas mimbar dan berkata: ‘Wahai manusia! Mengapa kata-kata ini masih menjadi bualan?! Dimanakah khabar-khabar angin ini pada zaman Rasulullah?! Baiklah, biarkan saja orang-orang yang mendengar menyebarkannya, dan orang-orang yang melihat; terus berkata! Ia tidak lain hanyalah bukanlah apa-apa melainkan ilmu pembelit si musang dan tidada siapa yang menyaksikan melainkan ekornya sendiri! Ini akan membawa kepada fitnah! Seperti mana kata pepatah “kembali mencari unta’ apabila ia sudah tua! Orang-orang ini hanya mencari bantuan daripada orang-orang yang lemah dan hanya mendapati pembantu-pembantu dari kalangan orang-orang wanita! Sama seperti Umm Tuhal; apa yang disukainya hanyalah persundalan!, Sekiranya aku ingin mengatakan sesuatu terhadapnya, maka boleh saja aku lakukan dan untuk apa aku mahu membuang air liurku! Maka, lebih baik aku berdiam diri.
Al-Saqifa wa Fadak, oleh Abi-Bakr al-Jawhari, ms. 104
Ini juga dilaporkan oleh Ibn Abil-Hadeed dengan keterangan yang lebih terperinci:
Aku berkata: Aku telah membacakannya dihadapan ulama besar, Abi-Yahya Jafar Ibn Yahya Ibn Abi-Zaid al-Basri dan aku berkata kepadanya: ‘Siapakah yang berani mendedahkannya?’ Dia berkata: ‘Sememangnya dia telah menyatakannya dengan jelas,’ Aku berkata: ‘Sekiranya dia sudah menyatakan dengan jelas, tidak perlulah aku bertanyakan kepada anda!” Kemudian dia ketawa dan berkata: ‘Ali, Ibn Abi-Talib.’ Aku berkata, ‘Adakah dia mengatakan semua ini kepada Ali?’ Dia berkata: ‘Ya. Dia [2] adalah raja, wahai anakku.’ Aku berkata: ‘Lalu apakah yang dikatakan oleh orang-orang Ansar?’ Dia berkata: ‘Mereka memekik nama Ali. Walaubagaimana pun, dia gusar perkara ini akan mengelirukan mereka (maka dia melarang mereka daripada melakukan demikian).’ Ketika itu juga aku bertanyakan perkara-perkara yang aku tidak mampu memahami daripadanya. Dia berkata: ‘tentang nada samar-samar perkara ‘berikut’: Ia bermaksud mendengar dan mendengar kepada (sambil memberikan isyarat). Tentang ‘ayat’: ia bermaksud segala apa yang diperkatakan. Tentang ‘ilmu pembelit sang serigala’ ia adalah sejenis ilmu pembelit sang serigala dan bukannya morfem (sebaliknya kiasan). Tentang ‘tidak menyaksikannya melainkan ekornya sendiri’: ia bermaksud ia tidak dapat mempunyai saksi untuk mengesahkan perkara tersebut melainkan bahagian daripada dirinya sendiri. Kata ini berasal daripada satu pepatah. Orang-orang mengatakan: ‘Sang musang ingin memperolokkan sang singa dengan seekor serigala, jadi dia mengatakan: Dia (serigala) telah memakan kambing yang aku sediakan untukmu, dan aku sedang berada di sini (ketika dia memakannya). Dia (sang singa) berkata: Siapakah yang menyaksikanmu? Kemudian dia (sang musang) menaikkan ekornya dan terdapat darah padanya. Sang singa terpaksa mencari kambing yang baru dan terpaksa menerima pengakuan (sang musang) lalu membunuh sang serigala.’. Tentang maksud ‘ia menyebabkan’: ia pula bermaksud bahawa ia akan menyebabkan terjadinya sesuatu. Tentang ‘kembali kepada unta’: ia bermaksud ‘kembali kepadanya seperti mana pada asal keadaannya’, bermaksud kembali kepada fitnah dan kekeliruan. Tentang ‘Umm Tuhal’: dia adalah seorang wanita yang sering berselingkuh pada zaman Jahiliyah, dan ada pepatah yang berkenaan dengannya, yang berkata ‘lebih selingkuh daripada Umm Tuhal.
Sharh’ Nahj-ul-Balagha, oleh Ibn Abil-Hadeed, Jilid 16, ms. 214
Pejabat Syeikh al-Habib